Proton Iriz R5 di 2023 Rallye National de Fourmies en Avesnois, Perancis; muncul juara, menang semua SS!

Proton Iriz R5 di 2023 Rallye National de Fourmies en Avesnois, Perancis; muncul juara, menang semua SS!

Selepas hanya muncul naib juara di Rallye National de Fourmies en Avesnois tahun lalu, pasukan Proton Motorsport kembali ke rali permukaan tar di Perancis tersebut untuk edisi tahun ini – kali ini pasukan yang dikendalikan oleh Mellors Elliot Motorsport berkenaan bukan hanya bergelar juara, malah mendominasi rali berkenaan dengan memenangi semua SS!

Seperti biasa, Proton Motorsport mempertaruhkan jentera Proton Iriz R5 yang dipandu pelumba utamanya, Oliver Mellors yang dibantu juruarah Ian Windress. Olie menghabiskan kesemua lapan SS dengan jarak sekitar 170 km yang disediakan pada 5 dan 6 Ogos lalu dalam masa 1 jam 7 minit dan 30.5 saat.

Pelumba yang mampu memberikan sedikit cabaran kepada Oliver adalah Vivien Mace yang memandu Citroen DS3 Rally2. Mace yang mencatatkan masa kedua terpantas di SS4, SS6 dan SS7 menghabiskan rali ini dengan masa keseluruhan 1 jam 9 minit dan 54.8 saat, atau 2 minit 24.3 saat lebih lambat dari Oliver Mellors.

Sebanyak 72 kereta yang menyertai rali yang diadakan untuk edisi ke-40 ini yang dikelaskan dalam pelbagai kategori, namun hanya 50 kereta yang berjaya menamatkan perlumbaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required