Perkara terbaik yang perlu amalkan ketika berada di atas jalan raya ialah dengan sentiasa bersabar dan bertolak ansur. Tak perlu reaksi provokatif, begitu juga tak perlu untuk memperbesar perkara yang sebetulnya tak ada apa-apa.
Dalam satu rakaman kamera kenderaan yang beredar di media sosial ketika ini, kelihatan sebuah kejadian yang sepatutnya tidak perlu berlaku: seorang penunggang motosikal yang menendang cermin sisi sebuah Toyota Vios putih, dipercayai kerana marah kereta tersebut menukar lorong, sebelum kemudiannya penunggang itu sendiri yang tersembam di atas jalan tar.
Pemandu Vios kelihatan sempat memberikan lampu isyarat sebelum motosikal berkenaan muncul di belakang kereta terbabit. Kemungkinan, motosikal berkenaan berada dalam titik buta pemandu Vios ketika itu, yang ingin mengalihkan keretanya ke lorong paling kanan — walaupun kereta tersebut belom lagi melepasi garisan untuk ke lorong terakhir itu.
Motosikal terbabit kemudian tetap berada di kanan kereta, mungkin ketika itu juga ingin mengalih lorong ke sebelah kiri, lorong yang sama Vios itu berada. Namun, tindakannya yang berang dan menendang cermin sisi Vios tersebut hingga patah tidak menguntungkan sesiapa, kerana dia sendiri terjatuh dari motosikal kerana hilang kawalan.
Kejadian ini sama sekali tidak perlu berlaku. Dari video berkenaan, kelihatan bahawa situasi yang ada itu tidaklah terlalu getir kerana paling tidak, penunggang motosikal terbabit boleh melihat Vios yang sedang menukar lorong itu, dan sepatutnya memberi ruang kepada pemandu dan dirinya sendiri supaya berada dalam keadaan selamat. Namun, mungkin kerana marah yang boleh dihindar, tindakan penunggang itu memakan diri.
Sekali lagi, banyakkan bersabar ketika berada di atas jalan raya dan jadilah daripada sebahagian besar pengguna yang menyumbang untuk menjadikan keadaannya lebih selamat untuk semua.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
Diminta PDRM mengambil tindakan tegas keatas samseng jalanan
Penunggang motosikal yg banyak aku jumpa lebih suka tekan hon panjang daripada tekan brek… bayangkan bertapa VVIPnya diorang…jarak diorang nun 50meter di belakang..dah tekan hon panjang bila ada kereta bagi signal nak tukar lane… padahal dalam kelajuan majoriti highway kt negara kita ni jarak 50 ke 30meter tu kira dah cukup dah untuk bagi kenderaan di belakang alert dgn tindakan kenderaan di hadapan… Salah ke orang nak tukar lane…tak banyak mana pun masa diorang rugi kalau tekan brek n bagi laluan….tapi diorang ni tak nak bagi muka langsung kat orang… Selfish tahap cipan … tapi ramai je rider yg berhemah dan tidak dinafikan ramai jugak pemandu yg memandu secara melulu… pokok pangkalnya adalah sikap individu itu sendiri…jika sikap orang tu buruk dia bawak lah kenderaan jenis apapun tetap macamtu jugak selagi dia tak berubah…