VIDEO: Proton X70 baru terbakar di Puspakom

Satu video menunjukkan sebuah Proton X70 yang baru keluar dari bilik pameran terbakar di Puspakom Alor Gajah, Melaka telah tular di pelbagai platform media sosial.

Menerusi video berdurasi 35 saat tersebut, api kelihatan keluar dari bonet hadapan Proton X70 berwarna kelabu yang masih mempunyai balutan plastik pada tempat duduk itu.

Buat masa sekarang masih belum diketahui apa penyebab kebakaran ini, dan kami akan memberikan berita susulan sekiranya Proton membuat kenyataan rasmi berkenaan perkara ini.

Sebelum ini turut telah tular kejadian sebuah SUV Proton terbakar, namun ia adalah dari model terkini dan lebih besar jenama itu iaitu X90. Selepas siasatan teliti dibuat, kejadian itu adalah kerana kabel bumi yang bermasalah dan bukan kerana bateri hybrid 48V seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Proton telahpun membuat panggilan semula terhadap semua X90 bagi memastikan perkara sama tidak terjadi lagi. Jenama itu dijangka turut akan mengambil serius kejadian baharu yang melibatkan X70 ini.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.