Proton Motorsport sahkan penyertaan musim penuh Kejohanan Rali British 2024; Mellors pandu Iriz Rally2

Proton Motorsport sahkan penyertaan musim penuh Kejohanan Rali British 2024; Mellors pandu Iriz Rally2

Ollie Mellors / Ian Windress – Proton Iriz R5

Proton Motorsport yang diuruskan oleh Mellors Elliot Motorsport di Eropah telah mengesahkan penyertaan musim penuhnya bagi Kejohanan Rali British (BRC) 2024. Keputusan ini diambil selepas pelumba utama pasukan tersebut iaitu Oliver Mellors telah menunjukkan keputusan memberangsangkan dengan merangkul kedudukan podium pada pusingan terakhir BRC tahun lalu iaitu di Cambrian Rally 2023.

Kedudukan podium itu diraih hanya selepas pertama kali Ollie bersama juruarahnya, Ian Windress kembali berlumba di atas permukaan gravel sejak Februari 2022 kerana pasangan berkenaan bersama jentera Proton Iriz Rally2 berlumba di sekitar Eropah dengan menyertai pelbagai rali permukaan tar.

“Kami mensasarkan untuk kempen penuh tetapi masih lagi mencari penaja bagi mengharungi musim ini, tetapi bersaing secara terus dengan pelumba dalam senarai nama penyertaan akan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Juga sangat hebat rasanya dapat membawa semula Proton ke BRC,” kata Ollie Mellors.

“Kami terlibat dengan Satria pada 2016 dan Iriz juga kami rasakan ini adalah tempatnya. Ia tidak mudah, tetapi sudah tentu kami akan lakukan yang terbaik,” tambahnya lagi.

Proton Motorsport sahkan penyertaan musim penuh Kejohanan Rali British 2024; Mellors pandu Iriz Rally2

Ollie menghabiskan tahun 2022 di Perancis dengan bertanding di pelbagai rali permukaan jalan tar di sana dengan memandu Iriz. Beliau turut mewakili Britain dalam FIA Motorsport Games serta telah menjadi juara Rallye National de Fourmies en Avesnois 2023 dengan memenangi semua SS.

BRC akan menampilkan enam pusingan tahun ini, bermula dengan rali permukaan tar North West Stages Rally 2024 yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Mac nanti.

“Saya rasa kami tak akan tahu bagaimana rentak kami sehingga habis peringkat pertama tetapi saya telah banyak berlumba di atas permukaan tar dalam beberapa tahun kebelakangan ini jadi ia sepatutnya sesuai dengan saya dan kereta. Saya belum pernah menyertai North West Stages sebelum ini jadi kami belum tahu apa yang bakal ditempuhi, tetapi ia sudah tentu acara pecutan jadi kami kuat dari segi ini. Saya tak sabar untuk melakukannya dan kembali berlumba rali di UK semula,” kata Ollie Mellors lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required