Mazda EZ-6 akan muncul di Beijing Auto Show 2024; sedan EV ganti Mazda 6 guna asas Changan Deepal

Mazda EZ-6 akan muncul di Beijing Auto Show 2024; sedan EV ganti Mazda 6 guna asas Changan Deepal

Baru-baru ini Mazda sudahpun mengesahkan bahawa sedan segment-D keluarannya iaitu Mazda 6 akan dihentikan produksi di Jepun bermula pertengahan bulan ini. Tiada sebarang pengumuman dibuat oleh Mazda Jepun berkenaan pengganti model tersebut pada pasaran itu, namun di China, Mazda telahpun menyiarkan satu teaser sedan EV yang bakal didedahkan di Beijing Auto Show 2024 pada minggu hadapan.

Menurut laporan WhichCar, sedan EV yang bakal diperkenalkan ini akan diberi nama sebagai Mazda EZ-6, dan ia merupakan model yang dibangunkan dengan hanya unit rangkaian kuasa elektrik, tanpa pilihan versi dengan enjin pembakaran dalaman.

Walau bagaimanapun, laporan itu turut mendedahkan bahawa ia bukanlah model yang dibangunkan sepenuhnya oleh Mazda, sebaliknya diasaskan dari sedan EV keluaran jenama China, Changan iaitu Changan Deepal SL03. Ia bukan sahaja menggunakan platform Changan tersebut, malah laporan berkenaan turut menyebut dimensi untuk Mazda EZ-6 ini turut seiras dengan dimensi Deepal SL03.

Mazda EZ-6 akan muncul di Beijing Auto Show 2024; sedan EV ganti Mazda 6 guna asas Changan Deepal

Manakala dalam ciapan Tycho de Feijter di laman X, Mazda bukan sahaja memfailkan tanda perdagangan “Mazda EZ-6” ini di China, malah ia turut memfailkan sekali nama “Mazda EZ-60”. Nama Mazda EZ-6 tersebut dijangka akan digunakan pada sedan yang kini dikenali dengen kod nama J90A, manakala nama Mazda EZ-60 pula adalah untuk SUV yang kini diberi kod nama J90K.

Selain dari nama-nama yang didaftarkan di China ini, Mazda turut dikesan mendaftarkan nama “Mazda 6e” dan “6e” di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah bulan lalu untuk kegunaan “automobil dan komponennya” serta “kereta elektrik dan komponennya”, dipercayai turut akan digunakan pada model gantian Mazda 6 kelak.

Walau bagaimanapun, model gantian Mazda 6 untuk pasaran Eropah dan juga pasaran global selain China seperti Jepun, Australia, Amerika Utara dan lain-lain bakal dihasilkan menerusi platform Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture yang dibangunkan sendiri oleh Mazda.

Dalam rancangan jangka masa panjang tiga peringkat yang telah diumumkan sebelum ini, Mazda akan melancarkan model-model EVnya dalam skala penuh bermula 2028.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required