20 model terlaris April 2025 – Bezza, Axia, Myvi, Saga, Alza dalam 5 tangga teratas, Vios kalahkan S70

20 model terlaris April 2025 – Bezza, Axia, Myvi, Saga, Alza dalam 5 tangga teratas, Vios kalahkan S70

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah pun menyiarkan data pendaftaran kenderaan terkini sehingga 30 April 2025. Jadi ini dia senarai 20 model paling laris di Malaysia bagi bulan April 2025 yang kami ekstrak dari data berkenaan.

Seperti biasa, carta ini akan didominasi oleh model-model keluaran Perodua dengan sedan segmen-A Bezza menjadi model terlaris selepas terjual sebanyak 7,527 unit pada April menjadikan jumlah jualannya untuk suku pertama tahun ini mencecah 30,862 unit.

Tempat kedua pula adalah hatchback segmen-A Perodua Axia dengan terjual sebanyak 6,615 unit sepanjang April dan jualan tahunan kini sudah mencecah 27,838 unit. Perodua Myvi melengkapkan podium Perodua untuk April 2025 dengan terjual sebanyak 5,567 unit dan jualan tahunan kini sudah 23,750 unit.

Tempat keempat pula milik model paling mampu milik Proton iaitu Saga dengan jualan sebanyak 5,069 unit, dan kini sudah mencapai jualan tahunan 20,433. Manakala tempat kelima dan keenam masih milik Perodua iaitu Alza dan Ativa di mana masing-masing mencatatkan jualan 3,606 unit (14,436 tahunan) dam 2,751 unit (11,164 tahunan).

20 model terlaris April 2025 – Bezza, Axia, Myvi, Saga, Alza dalam 5 tangga teratas, Vios kalahkan S70

Toyota Vios menjadi model bukan nasional paling laris di Malaysia bulan lalu dengan jualan sebanyak 2,398 unit (8,427 tahunan) untuk duduk ditangga ketujuh. Sedan segmen-B berkenaan turut mengatasi jualan SUV segmen-B popular Proton X50 yang dijual sebanyak 2,106 unit (7,117 tahunan) sepanjang April untuk berada tangga kelapan.

Berada di tangga kesembilan dan ke sepuluh adalah trak pikap Toyota Hilux dengan jualan 2,015 unit (6,731 tahunan) dan juga sedan segmen-C Proton S70 yang terjual sebanyak 1,702 unit (6,126 tahunan).

Honda City (sedan dan hatchback) nampaknya mencatatkan penurunan jualan mendadak pada April berbanding Mac 2025 dengan jualan hanya 1,595 unit sahaja. Namun dengan momentum dari bulan-bulan sebelumnya, jualan tahunan untuk empat bulan terawal tahun ini untuk City kini telah mencecah 9,098 unit.

20 model terlaris April 2025 – Bezza, Axia, Myvi, Saga, Alza dalam 5 tangga teratas, Vios kalahkan S70

Disebabkan rekod JPJ ini merekodkan pendaftaran kenderaan recond, Toyota Alphard berada di tempat ke-12 dengan jumlah 1,379 unit menjadikan jualan tahunan sehingga April 2025 adalah 5,434 unit. Manakala Proton Persona (1,328 unit, 5,351 tahunan), Perodua Aruz (1,305 unit dan 4,412 tahunan) dan Toyota Corolla Cross (1,224 unit, 5,260 tahunan) masing-masing berada di tempat ke-13, -14 dan -15.

Satu lagi model dari Honda iaitu SUV segmen-B HR-V turut menunjukkan trend yang sama seperti City apabila jualannya jatuh mendadak dengan hanya 1,043 unit didaftarkan pada April (6,420 tahunan) dan berada di tempat ke-16.

Jaecoo pula telah berjaya menjual sebanyak 891 unit J7 menjadikan ia model China paling laris bulan lalu dengan jualan tahunan telah mencecah 3,597 unit. Proton eMas 7 mencatatkan sejarah apabila menjadi model EV pertama masuk ke carta bulanan 20 paling laris dengan berada ditempat ke-18 bulan lalu apabila sebanyak 799 unit SUV tersebut telah berjaya didaftarkan.

MPV segmen-B Xpander pula mencatatkan jualan 696 unit sepanjang April (3,494 tahunan) untuk berada ditempat ke-19 dan menjadi model Mitsubishi paling laris. Tempat ke-20 adalah sedan popular Honda Civic yang hanya berjaya mencatatkan jualan 688 unit dengan jumlah jualan tahunan mencecah 3,927 unit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required