Satu kejutan daripada Toyota dengan mempamerkan Toyota Vios 2016 facelift di Beijing Auto Show 2016 semalam. Model ini menerima beberapa elemen penambah baikan termasuk menampilkan enjin baharu.
Pada bahagian hadapannya, terpampang lampu utama baharu dengan unit projektor yang agak gelap dan berbentuk-C. Ia turut menampilkan gril atas berbentuk-T baharu dengan gril bawah yang dipengaruhi oleh model Camry facelift, disambungkan pada lampu nyalaan siang LED.
Manakala lampu belakangnya juga telah direka semula, bersambung dengan krom pada bootlid bar yang lebih nipis. Bahagian bampar belakang juga telah diprofilkan semula, nampak lebih anggun dan segar.
Namun tiada maklumat tentang bahagian kabinnya. Bagi Vios untuk pasaran China ini, ia dijanakan oleh dua pilihan enjin iaitu 1.3 liter dan 1.5 liter 5NR-FE empat-silinder dengan Dual VVT-i. Kedua-duanya dipadankan sama ada dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan.
Jika ia tiba ke pasaran negara kita, dijangka akan dipadankan dengan penjana kuasa 2NR-FE dari model Avanza facelift, dengan transmisi CVT seperti Vios 2016 yang diperkemaskinikan.
Foto ehsan autohome.com.cn



Toyota Vios
dari RM90,600
Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Facelift untuk Vios China ini mungkin sesuai untuk pasaran disana sahaja. Belum tentu boleh diterima oleh pembeli diMalaysia, jika ia dibawa disini.
Bahagian grill depan dan design bumper depan nya tidak harmoni dan rupa keseluhuruhannya nampak ‘sibuk’.
Lain pulak dibahagian belakangnya – terlalu simple dan ‘selamat’. Tiada apa yang menarik langsung.
Biasanya semua kereta Toyota diMalaysia laku bukan kerana design atau teknologi terkini, tapi lebih kepada persepsi kualiti yang baik, serta pusat servis yang banyak dan mudah.