Selepas video kemalangan antara sebuah motosikal yang dirempuh Perodua Alza minggu lalu, kini muncul satu lagi video dari dashcam terbaru, dengan kes kemalangan yang hampir sama di media sosial.
Sekali lagi, kemalangan berlaku dikawasan persimpangan yang sibuk. Sebuah Myvi kuning dari jalan utama membelok untuk masuk lorong kecil di sebelah kanannya. Dalam sekelip mata, muncul sebuah motosikal dari bahagian bahu jalan arah bertentangan, dalam keadaan yang agak laju.
Tak sempat membrek, penunggang berkenaan kemudiannya terus bertembung dengan Myvi berkenaan, pada bahagian depan muncung kereta terbabit. Dalam keadaan seperti ini, kemungkinan sangat tinggi kedua-dua mereka tidak dapat saling melihat pergerakan masing-masing dengan jelas dari awal.
Di sebabkan terlalu banyak kenderaan, pemandu Myvi mungkin saja tidak langsung perasan kelibat penunggang motosikal itu sedang menghampiri laluan, dan begitu juga sebaliknya. Untuk mengelak kejadian seperti berulang, kami sarankan setiap daripada kita untuk lebih berhati-hati dan peka ketika menghampiri persimpangan, bahkan setiap detik selagi kita berada di atas jalanraya.
Perlahankan kenderaan, tidak kira dari arah mana anda datang, dan ambil masa untuk memerhati persekitaran sebaik mungkin sebelum meneruskan perjalanan. Jika sudah melentung begini, nak marah pun sudah tiada guna. Lebih baik kita hindari dari awal perkara-perkara seperti ini daripada berlaku. Ubah sikap, dan bertenang di jalan raya.

Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM80,000
Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM72,900