VIDEO: Motosikal dirempuh Perodua Alza selepas langgar lampu merah di kawasan persimpangan sibuk

Anda sering memandang enteng tentang bahaya melanggar lampu isyarat merah? Video dashcam yang disiarkan oleh seorang pengguna facebook ini mungkin akan membuatkan anda sedar.

Video berkenaan menunjukkan satu kejadian yang berlaku pada persimpangan di mana sebahagian penunggang motosikal disitu langsung tidak mengendahkan lampu isyarat yang beroperasi. Malangnya, sebuah motosikal terakhir yang melakukan kesalahan berkenaan tidak bernasib baik, dirempuh sebuah Alza yang dipandu laju.

Tidak diketahui nasib penunggang berkenaan, tetapi pada visual ini jelas impak terhadap kemalangan tersebut menyebabkan penunggang itu melambung dan tidak sedarkan diri, mengejutkan pemilik dashcam berkenaan.

Fikirkan semula, adakah berbaloi untuk menjimatkan sekitar berberapa minit masa perjalanan dengan risiko kemalangan maut yang diambil?

Dengan pelbagai insiden yang berlaku dalam negara kebelakangan ini, dari penyalahgunaan lorong kecemasan sehingga kepada kejadian-kejadian pelik yang berlaku seperti memandu pada arah bertentangan, sudah tiba masanya masyarakat Malaysia mula mengubah sikap pentingkan diri sendiri ketika di jalan raya. Jangan fikirkan apa kesalahan orang, tetapi cuba terapkan bahawa perubahan besar dapat dilakukan dengan perubahan dari sikap kita sendiri.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required