Pusat 4S Chery terbesar di M’sia dibuka di Medini, JB

Selepas membuka bilik pameran 4S di Kuantan, Chery Malaysia melebarkan lagi sayapnya ke selatan tanahair dengan membuka pusat 4S terbesar di Malaysia setakat ini. Pusat 4S berkenaan, dikendalikan oleh Gagner Auto, terletak di Medini, Johor Bahru.

Sebagai pusat 4S, fasiliti di Medini ini dilengkapi dengan pusat sehenti bagi jualan, alat ganti, penyelenggaran dan juga perkhidmatan mengetuk dan mengecat badan kenderaan. Chery berkata bangunan [usat 4S ini menampilkan rekaan mesra-alam sekitar dan menggunakan peralatan cekap tenaga.

Dalam majlis pelancaran pusat 4S berkenaan, Chery turut mengambil kesempatan mempertontonkan Omoda E5 untuk wilayah selatan. Versi elektrik bagi SUV Omoda 5 itu telah pun dipertontonkan kepada pihak media minggu lalu menjelang pelancarannya yang direncanakan berlangsung pada suku pertama (Q1) 2024.

Pesaing bagi BYD Atto 3 Extended Range ini diberikan bateri lithium logam fosfat berkapasiti 61 kWj. Ini membolehkan SUV ini bergerak sejauh 430 km dalam kitaran ujian WLTP, dengan kuasa disalurkan ke motor elektrik hadapan dengan kuasa 201 hp dan tork maksima 340 Nm. Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam 7.6 saat.

Pusat 4S Chery terbesar di M’sia dibuka di Medini, JB

Bateri tersebut boleh dicas dengan sistem AC 9.9 kW atau pengecas pantas DC80 kW yang boleh memenuhkan kuasa dari 0-85% dalam masa 35 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai ?powerbank bergerak? untuk membolehkan pelbagai peralatan elektrik beropersi menerusi sistem V2L 3.3 kW.

?Dengan kemasukan Chery ke wilayah selatan Malaysia, yang mempunyai pusat 4S terbesarnya di Medini, kami percaya ini akan menyumbang kepada pelbagai aspek pembangunan, memupuk kemajuan ekonomi, alam sekitar dan teknologi. Dengan pelancaran Omoda E5 kami yang akan datang, kumpulan Chery menyokong kepada persekitaran yang lebih mampan, merangsang pelaburan dalam pembangunan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui sambil mempromosikan integrasi bandar pintar,? kata Lee Wen Hsiang, Timbalan Presiden Chery Malaysia.

Selain daripada mengembangkan rangkaiannya, Chery juga telah mengumumkan ketibaan sub-jenama Jaecoo yang akan datang, yang akan dilancarkan tahun depan. Model Jaecoo pertama untuk pasaran Malaysia ialah J7, dan dua unit pemanduan sebelah kanan SUV itu sedang diuji di Malaysia.

GALERI: Chery Omoda E5 di Malaysia