Ini sekali lagi adalah satu video yang menunjukkan seorang pengguna jalan raya menghalang laluan sebuah ambulans. Ia diambil daripada dalam ambulans itu sendiri dan dikongsikan oleh Justin Lum dalam Facebook.
Dalam video berdurasi satu minit itu, ambulans yang memasang siren dan lampu kecemasan itu dilihat mulanya berada di lorong kanan mengikuti sebuah Toyota Camry yang juga berada di lorong sama. Setelah beberapa ketika, walaupun siren dan lampu itu jelas, Camry tersebut masih tidak mengalah ke tepi.
Kemudiannya, ambulans tersebut masuk ke lorong kiri, dalam usaha untuk memotong Camry tersebut, tetapi Camry itu juga masuk ke lorong kiri. Apabila ambulans tersebut masuk semula ke lorong kanan, Camry itu juga masuk ke kanan seolah-olah sengaja mahu menghalang ambulans tersebut.
Sebagai pengguna jalan raya yang bertanggung jawab, kita sepatutnya sudah tahu, apabila ada ambulans yang memasangkan siren dan lampu kecemasan, laluan harus diberi kepada mereka. Pada masa itu, mungkin ada nyawa yang mahu mereka selamatkan.
Untuk pengetahuan, tindakan seperti yang dilakukan oleh pemandu Camry ini boleh membawa kepada tangkapan dan mungkin bayaran denda atau hukuman lain sekiranya bersalah.


Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000