Proton Persona 2016 – Perincian ringkas, penawaran dan pilihan varian serta spesifikasi yang diketahui

Persona 2016 Spoiler_02

Bulan ini, Proton Persona 2016 mungkin menjadi model kenderaan yang paling hangat diperkatakan. Setakat ini, Proton sudah pun menunjukkan beberapa video berkaitan ciri keselamatannya dan semalam, melalui laman Facebook rasmi Proton, teaser terbaharu berkaitan model ini pula didedahkan.

Ramai yang ingin tahu apa yang akan ditawarkan olehnya. Apa spesifikasinya? Apa ciri-ciri terbaharu dan sebagainya. Untuk itu, siang tadi kami berkesempatan mengikuti sesi khas pihak media bersama Proton untuk mendekati penawaran sedan terbaharu Proton ini.

Dijangka bakal dilancarkan pada bulan ini, berikut adalah maklumat-maklumat yang disahkan berkaitan model terbaharu berkenaan. Dari segi berat, Persona 2016 ini 20 kg lebih ringan berbanding model lamanya. Dibangun menggunakan platform yang sama dengan Iriz, ia bagaimana pun 20-30 kg lebih berat daripada model hatchback kompak itu.

Persona 2016 TouchScreenWithHand_03

Ia hanya akan ditawarkan dengan enjin 1.6 liter VVT petrol. Penggunaan minyaknya melalui ciri VVT baharu yang dibangunkan pada enjin berkenaan didakwa mampu memberikan penjimatan sekitar 10% bagi versi automatik dan 13% bagi versi manual (dengan purata kelajuan pemanduan 90 km/j), jika dibandingkan dengan model terdahulu.

Bacaan penggunaan minyaknya di atas kertas disifatkan mampu mencapai 5.6 liter bagi setiap 100 km untuk versi manual. Bagi transmisi CVT, ia memberikan bacaan 6.1 liter bagi setiap 100 km.

Beralih ke bahagian yang melibatkan enjin, Persona 2016 dipasangkan dengan tiga engine mount baharu, bertujuan untuk menyerap lebih banyak gegaran enjin; ia menyumbang kepada pengurangan kebisingan sebanyak 6 db di dalam ruang kabin. Dari segi prestasi dan ketangkasan, pecutan dari kedudukan pegun 0-100 kmj pula mengambil masa 10.9 saat.

Enjin yang digunakan secara mekanikalnya sama dengan enjin 1.6 liter pada Proton Iriz, tetapi ditala agar sesuai bagi penggunaan sebuah sedan. Unit komputer ECU yang digunakan adalah dari jenis yang baharu, manakala transmisi CVT yang melengkapi varian automatiknya juga kini semakin lancar dan bertambah linear.

Selain itu, ruang yang tersedia pada but belakangnya ialah 510 liter (Persona terdahulu 470 liter sahaja), dengan nisbah lipatan 60:40 tempat duduk.

Model ini juga akan dipasangkan dengan tayar baharu; Silverstone Kruiser dan Goodyear Assurance (bagi varian Premium sahaja).

Jarak membreknya berjaya dipendekkan, sekaligus meningkatkan keupayaan memberhentikan kenderaan; Persona terdahulu dengan brek cakera pada semua roda memerlukan jarak 44.6 meter untuk berhenti. Bagi Persona 2016 pula, jarak itu dipendekkan kepada 41.4 meter, dengan brek belakang dari jenis brek dram.

Persona 2016 Trunk Boot empty

Bagi varian, terdapat empat pilihan yang ditawarkan. Bagaimanapun, sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC) adalah ciri standard bagi semua varian.

Pertama, varian Standard dengan pilihan transmisi manual atau CVT. Sebagai varian paling asas, ia tidak mempunyai lampu kabus, disediakan cermin sisi hitam dan rim 15 inci.

Kedua ialah varian Executive, yang antara lain turut dilengkapi dengan radio biasa, b-pillar dengan warna badan kenderaan serta rim 15 inci rona kelabu. Namun begitu, pilihan transmisi yang ditawarkan hanyalah dari jenis CVT sahaja.

Bagi varian Premium pula, ia juga dilengkapi dengan sistem transmisi CVT. Tambahan lain padanya ialah dari aspek keselamatan; ia dilengkapi dengan enam beg udara. Selebihnya, penggunaan material kulit bagi tempat duduk dan stereng, paparan skrin sentuh, masukan tanpa kunci (keyless entry), bodykit dan rim 15 inci warna perak.

Varian keempat ialah Premium SE. Perkara yang membezakannya dari varian Premium ialah aksesori bodykit penuh bagi keseluruhan kereta, termasuk spoiler pada but belakang.

Berikut pecahan spesifikasi setiap varian:

Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT

Enjin 1.6 liter VVT
107 hp pada 5,750 rpm, 150 Nm pada 4,000 rpm
5.6 l/100 km bagi 5MT (90 km/j)
6.1 l/100 km bagi CVT (90 km/j)
Ecodrive Assist
Lampu utama Reflector halogen (tinggi boleh laras)
Lampu kabus belakang
Sensor parkir depan dan belakang
Rim 15-incikelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat
Cermin sisi elektrik
B-pillar warna badan
Kunci Remote dan penghidup enjin dengan kunci
Unit audio Single-DIN & Bluetooth
Tempat duduk fabrik
Tempat duduk boleh dinaikkan
Kapasiti but belakag 510 liter
Tempat duduk kanak-kanak Isofix
2 beg udara
ABS dengan EBD dan BA
Vehicle Stability Control (VSC)
Hill-hold assist
Brek cakera depan, brek dram belakang

Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT

Tambahan:
Lampu kabus depan
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
Spoiler but belakang
Unit audio Double-DIN & Bluetooth
Konsol tengah warna kelabu berkilat
Port mengecaj USB
60:40 lipatan kerusi belakang
Trim pintu fabrik

Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT

Tambahan:
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
B-pillar hitam
Masukan tanpa kunci dengan butang penghidup
Unit skrin sentih (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
Tempat duduk dan stereng kulit
Trim pintu kulit
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
6 beg udara

Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT

Tambahan:
Bodykit dwi tona menyeluruh

2016 Proton Persona BM 2

Di bahagian luar, semua varian menggunakan lampu utama jenis reflector tanpa lampu nyalaan siang (DRL). Lampu belakang juga menggunakan bulb biasa dan bukannya LED. Sama seperti Iriz dan Perdana, pada bahagian dalam lampu depan tertera jenama Proton.

Pada ruang dalaman, varian dengan CVT menerima rekaan tuil gear baharu dengan butang. Semua model menerima warna latar dua tona hitam dan beige (bahagian bawah) pada panel. Menurut Proton, ini membantu membuatkan penumpang merasakan lebih selesa.

Persona akan menjadi model baharu kedua yang diperkenalkan oleh Proton tahun ini selepas Perdana. Proton mensasarkan penjualan 3,000 unit Persona 2016 setiap bulan.

Setakat ini dahulu maklumat-maklumat awal yang dapat kami peroleh dari sesi khas siang tadi. Sebarang pertambahan maklumat baharu akan dibuat dari semasa ke semasa. Jangan lupa kongsikan pandangan anda.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • jack black on Aug 12, 2016 at 10:16 pm

    Syabas proton. Harap diteruskan usaha mempertingkatkan qualiti. Skg ni isu power window pd semua model baru seperti, preve, iriz, suprima, exora sudah xda. Syabas.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 77 Thumb down 3
  • akhmuadz on Aug 12, 2016 at 10:59 pm

    the biggest let down when reading this… “Di bahagian luar, semua varian menggunakan lampu utama jenis reflector tanpa lampu nyalaan siang (DRL). Lampu belakang juga menggunakan bulb biasa dan bukannya LED. Sama seperti Iriz dan Perdana, pada bahagian dalam lampu depan tertera jenama Proton”

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 48
  • Hilang dah lotus drive & handling yg best pd kereta proton baru. Layan corner syok habis. Agak2 ada lagi ke variant R3 pd kenderaan model baru proton ?

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 3
  • Farhan Hamdi Razali on Aug 13, 2016 at 12:31 am

    bagus. design depan xde juih2 mcm perdana 2.4.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2
  • ada tambahan front sensor yea..6 airbags(premium)..steady juga tu..

    Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 2
  • Mrmacberry on Aug 13, 2016 at 1:08 am

    Macam mana dengan auto cruise? Model sebelumnya ada untuk H-Line. Amat berguna di highway.

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • rosman sariman on Aug 13, 2016 at 3:08 am

    Ada kah ianya masih menggunakan taiming belt atau taiming chain

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Mahadhir Shaarani on Aug 13, 2016 at 8:40 am

    Lampu signal @ viper belah mana yg ni yang paling penting kalau ikut standard Jepun best sebab tak payah fikir tombol kiri kanan sbb orang malaysia ada 2,3 kereta, kejap² tukar kereta nak kena fikir signal@viper kat mana adus…… letih ooo

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
    • Personally saya suka signal belah kanan seperti yang proton buat, bukan sebab feel continental saje. tapi sebab convenient, tangan kanan kan busy nak control steering sibuk nak tekan tuil signal buat apa. mostly pengguna sekarang opt untuk cvt/auto. so tangan kiri yang tak busy.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
  • segaran on Aug 13, 2016 at 9:23 am

    Price and brochur

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  • zackayubi on Aug 13, 2016 at 2:32 pm

    jika 60k keatas better tunggu almira baru….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
  • Azizi man on Aug 13, 2016 at 9:43 pm

    Kenapa proton masih lagi guna engin timing belt…jenis engin ni melibatkan kos yg tinggi setiap kali mahu ditukar…berbeza dngn engin timing chain yg jelas mengurangkan kos kpd pemiliknya
    Rata2 rakyat malaysia mahukan pengurangan kos..sepatutnya para jurutera di proton kena peka dngn kehendak pengguna

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 5
    • Zaly JI on Aug 14, 2016 at 4:52 pm

      masih guna enjin campro lagi ke?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
    • Muhaimin on Aug 14, 2016 at 5:35 pm

      ada thn dpn engine baru akan guna timing chain

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • timing belt & timing chain ada kelebihan dan kekurangan masing2. boleh google. timing belt pun contohnya untuk exora cfe 120000km br tukar. bukan selalu kena tukar.

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • dowell on Aug 14, 2016 at 2:22 pm

    What a good improvement for Persona. We have used the M-Line varian of this car since 2008. So far there’re not much trouble or problems form this car. That’s its becoming one of proud model for proton. I’m sure the price would be higher from previous for each variant since the additions have been made for VSC, ABS, EBD, BA and front sensor. I can’t imagine how good the performance of this coming model since I never drive Iriz but I believe the buyers should be satisfied and get the worth for their money by buying this Persona. 510 litre boot capacity? Are you joking me? Its would be enough to put hundreds of shirts, luggage for 2 weeks travelling and so on.

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 1
  • nizam on Aug 24, 2016 at 9:08 am

    Timing chain atau timing belt

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required