Spy-Photo

Teka-teki bagaimana rupa sebenar Toyota Supra generasi baharu yang hampir kepada bentuk sebenar bakal terjawab Oktober ini setelah jenama berkenaan mengumumkan akan mendedahkan model konsep kereta sport berkenaan di Tokyo Auto Show pada Oktober ini, menurut majalah dari Jepun Best Car, seperti yang dilaporkan oleh Motor1.

Jangan keliru dengan model konsep Toyota FT-1 sebelum ini yang muncul pada 2014 kerana model berkenaan dibina secara one-off, manakala model konsep kali ini merupakan konsep sebenar Supra, yang hampir kepada bentuk produksi dan dibina menggunakan platform yang sama dengan BMW Z5 baharu. Setelah kemunculan Supra Concept tersebut kelak, model sebenar versi produksi berkemungkinan bakal muncul setahun kemudian.

Toyota Supra dan BMW Z5 dibina oleh kedua-dua pengeluar berkenaan di atas platform kereta sport terbaharu yang sama sejak 2012, walau bagaimanapun pembinaan akhir Z5 dan Supra dilakukan secara berasingan. Namun, tidak seperti apa yang terjadi pada kembar Toyota 86 dan Subaru BRZ, rekaan Supra ini jelas berbeza dari BMW Z5 yang tampil dengan bentuk badan Roadster.

Spy-Shots of Cars This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K

Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K

Supra generasi baharu ini dijangka akan dikuasakan dengan enjin empat silinder sebaris dan enam silinder sebaris bersama pengecas turbo dari BMW dan varian paling berkuasa dengan unit janakuasa hibrid bakal dilengkapi kapasitor serta sistem pacuan empat roda. Jentera baharu ini turut menggunakan kepakaran BMW dalam pembinaan komponen gentian karbon, seperti yang terdapat pada BMW i3, i8 dan 7 Series G12.

Difahamkan kedua-duanya juga kini dalam tahap pembinaan yang sama dan dilihat sedang giat diuji diatas jalan raya dan juga di litar Nurburgring.

GALERI: Spyshot Toyota Supra di litar Nurburgring

GALERI: Toyota FT-1 Concept

GALERI: Evolusi Toyota Supra