Imej Honda Civic Type-R bocor sebelum kemunculan sulungnya yang dijadualkan pada Geneva 2017

Imej Honda Civic Type-R bocor sebelum kemunculan sulungnya yang dijadualkan pada Geneva 2017

Sebelum ini, Honda telah mengumumkan akan mendedahkan versi produksi sebenar Civic Type-R generasi baharu pada Geneva Motor Show bulan ini, tanpa mendedahkan apa-apa imej awalan. Namun, sebelum apa-apa pengumuman rasmi, dua imej model produksi tersebut telah pun bocor dan tersebar di internet.

Gambar yang terdedah ini menunjukkan model versi produksi berkenaan menampilkan rupa yang seiras dengan model versi prototaip yang didedahkan pada Paris Motor Show tahun lalu. Ia termasuk kit badan agresif, ruang roda lebih lebar serta tiga-tip ekzos pada bahagian tengah diffuser belakang.

Perbezaan yang ditampilkan hanyalah warna badannya yang kini diberikan warna rasmi Type-R -Championship White- berbanding hitam matte pada model prototaip, tip ekzos logam tahan karat serta tempat duduk bucket berwarna merah yang diserlahkan dari bahagian dalaman.

Imej Honda Civic Type-R bocor sebelum kemunculan sulungnya yang dijadualkan pada Geneva 2017

Pengumuman rasmi dari Honda sebelum ini juga menyebut model generasi baharu ini akan menggunakan enjin 2.0 liter petrol VTEC Turbo yang diambil dari Type-R FK2 sebelum ini (306 hp/400 Nm) tetapi diperkemaskinikan dan Honda mendakwa ia “dibina untuk memberikan pemanduan yang paling mengujakan dalam segmen hot-hatch“. Walau bagaimanapun angka sebenar kuasa yang dihasilkan belum lagi didedahkan, manakala kotak gear enam-kelajuan manual sah digunakan untuk model baharu ini.

Civic Type-R ini juga sah akan diproduksi di kilang Honda Swindon, UK, kilang yang sama memproduksi model generasi sebelum ini dan juga Civic Hatchback generasi terbaharu, bermula pada musim panas 2017. Type-R dan Civic Hatchback generasi terbaharu ini juga dibina bersama dengan “kelebihan bersama pada dinamik dan penghalusan pada kedua-dua model.” Ini mungkin termasuk sistem penyerap hentak adaptif yang ditawarkan pada varian tertinggi Civic Hatchback di Eropah.

Model generasi baharu ini akan dimport ke seluruh Eropah dan juga pasaran-pasaran lain termasuk Jepun dan Amerika Syarikat. Bagi pasaran Amerika Syarikat juga, ini merupakan kali pertama Civic Type-R dijual secara rasmi pada pasaran berkenaan.

GALERI: Honda Civic Type-R Prototype

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required