Susulan kepada usaha sama Proton-Geely yang dimeterai, antara perkara yang sudah dikenal pasti adalah untuk memindahkan operasi pengeluarannya. Ketika ini, Proton mempunyai dua kilang pengeluaran, di Shah Alam dan juga Tanjung Malim.

Selepas ini, kilang di Shah Alam tidak lagi akan beroperasi. Semua pengeluaran kenderaan di bawah Proton-Geely akan dipindahkan ke Tanjung Malim. Namun, ini hanya akan berlaku dalam tempoh lima tahun ke hadapan, dan bukannya serta-merta.

Jika ini berlaku, apa jadi kemudahan di Shah Alam? Menurut Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar menyatakan tanah seluas 250 ekar itu akan dipindah milik kepada DRB-Hicom dan mungkin akan digunakan untuk pembangunan baru di kawasan itu.

Ikuti juga perkembangan lain yang berkaitan usahasama Proton-Geely, antaranya mengapa Proton memerlukan rakan strategik (FSP) dan apa yang boleh ditawarkan oleh kedua-dua pihak untuk dimanfaatkan secara bersama.