Proton Iriz R5 akhiri MEM Malton Forest Rally 2017 dengan podium – tewaskan semua jentera kelas R5

Proton Iriz R5 akhiri MEM Malton Forest Rally 2017 dengan podium – tewaskan semua jentera kelas R5

Setelah membuat kemunculan sulung di Goodwood Festival of Speed dan mengungguli Forest Rally Stage di acara tersebut pada Julai 2017, Proton Iriz R5 binaan Mellor Elliot Motorsport (MEM) mula bertanding secara kompetitif bermula dengan perlumbaan rali tempatan MEM Malton Forest Rally 2017 hujung minggu lalu. Sekali lagi, Iriz R5 menunjukkan taringnya dengan menghabiskan rali tersebut dalam kedudukan podium.

Secara keseluruhan, Iriz R5 yang dipandu oleh Oliver Mellors dan juruarah Ian Windress menamatkan Malton Forest Rally di tempat ketiga. Namun di kalangan jentera-jentera kategori R5, Iriz berada di tempat pertama dengan meninggalkan sebuah Ford Fiesta R5 yang dipandu Smith Guy dengan perbezaan 3 minit 21 saat di belakang.

Proton Iriz R5 dengan nombor pendaftaran ‘PRO7 TON’ berkenaan hanya tewas dengan dua buah jentera spesifikasi WRC yang nyata lebih berkuasa iaitu Ford Fiesta RS WRC, dan hanya tertinggal 19 saat di belakang Fiesta WRC yang dipandu oleh Stephen Petch serta 26 saat berbanding pendahulu rali Charles Payne.

Proton Iriz R5 akhiri MEM Malton Forest Rally 2017 dengan podium – tewaskan semua jentera kelas R5

“Penyertaan dalam MEM Malton Forest Rally nyata tidak mengecewakan, tiada kerosakan pada kereta ini sepanjang hari dan langsung tiada sebarang sepana digunakan untuknya. Untuk mencatatkan masa terpantas dalam peringkat kompetitif pertama bagi Proton Iriz R5 adalah fantastik dan rali dihabiskan dengan kedudukan ketiga keseluruhan dengan hanya ditewaskan dua jentera WRC serta menewaskan semua kereta R5. Peringkat pada rali adalah sangat laju dengan kelajuan purata melebihi 60 bs/j (96 km/j) pada setiap peringkat dan kelajuan maksimum dicatatkan melebihi 200 km/j!” kata Oliver Mellors pada catatan Facebook miliknya.

Kejayaan ini nyata memberikan petanda baik untuk Iriz R5 sebelum ia mula bertanding pada Kejohanan Rali Dunia (WRC) dalam kategori WRC2 dan juga Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) musim 2018. Selain dari bertanding di Malton Forest Rally ini, Proton Iriz R5 turut diuji lagenda dan juara WRC dua kali Marcus Grönholm di Wales hujung minggu lalu.

Kereta rali Proton Iriz R5 ini dijana enjin petrol turbo 4B11T dari Mitsubishi Lancer Evolution X yang telah diturunkan kapasitinya dari 2.0 liter kepada 1.6 liter (bagi membolehkan ia diiktiraf dalam kategori R5 dan bertanding dalam WRC2), digandingkan bersama transmisi dari Xtrac dan juga sistem pacuan semua roda. Untuk suspensi, ia akan diberikan set penyerap hentak dari Reiger, dan turut menerima sistem brek dari Brembo. Seluruh kawalan elektronik jentera ini pula akan menerima peralatan dari Cosworth.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required