Subaru WRX STI generasi seterusnya lebih mesra alam – enjin EJ25 bakal disingkir, diganti janakuasa hibrid

Subaru WRX STI generasi seterusnya lebih mesra alam – enjin EJ25 bakal disingkir, diganti janakuasa hibrid

Setelah hampir tiga dekad menjana kereta-kereta berprestasi tinggi sejak zaman Subaru Legacy RS hingga ke Impreza WRX, enjin siri EJ Subaru bakal ditamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.

Menurut laporan Autocar, pengurus jualan dan pemasaran Subaru Eropah Dello Stritto memberitahu laman AutoRAI bahawa enjin boxer EJ25 2.5 liter turbo pada WRX STI sedia ada “bakal tidak akan wujud lagi pada masa hadapan” dan ianya berkemungkinan besar akan digantikan dengan unit janakuasa hibrid plug-in.

WRX STI generasi berikutnya bakal dibina berasaskan model Impreza generasi terkini. Jadi, ia bakal dibangunkan menggunakan Subaru Global Platform yang turut direka bagi memuatkan unit janakuasa hibrid dan elektrik sepenuhnya, selain dari enjin pembakaran dalaman dengan bentangan boxer konvensional Subaru.

Subaru WRX STI generasi seterusnya lebih mesra alam – enjin EJ25 bakal disingkir, diganti janakuasa hibrid

Pelbagai kemungkinan konfigurasi sistem boleh diagak, termasuk opsyen untuk memadankan motor elektrik pada gandar belakang, atau menggabungkan enjin boxer Subaru sebagai elemen dalam sistem hibrid.

“Kami tidak akan menyisihkan elemen keseronokan memandu. Impreza baharu memberikan keseronokan ini dalam cara yang berbeza, lebih masuk akal dan memenuhi undang-undang emisi CO2,” jelas Stritto.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terus model berkenaan akan dikuasakan oleh janakuasa hibrid, tetapi menjelaskan bahawa “Subaru kini berhati-hati terhadap perkembangan pasaran dan akan membuat rancangan masa hadapan berdasarkan informasi ini.” Ini jelas membayangkan situasi terkini yang memaksa industri automotif global untuk terjun ke bidang teknologi elektrik.

Walau bagaimanapun, Stritto tidak memberikan sebarang jangkaan bila model berkenaan akan diperkenalkan. Namun pada Tokyo Motor Show 2017 baru-baru ini Subaru telah mendedahkan model konsep Viziv Performance yang dikatakan membayangkan bagaimana rupa WRX STI generasi seterusnya. Tiada perincian lanjut berkenaan unit janakuasa model konsep tersebut, melainkan ia dinyatakan dijana enjin boxer dan diberikan sistem symmetrical all-wheel drive.

Dalam laporan motoring sebelum ini, WRX STI generasi baharu hanya akan membuat penampilan sekitar tiga tahun dari sekarang. Menurut pengarah urusan Subaru Australia Colin Christie, jurutera-jurutera Subaru buat masa ini masih sedang membangunkan unit janakuasa baharu untuk WRX STI bagi dipadankan pada Subaru Global Platform.

GALERI: Subaru Viziv Performance Concept di Tokyo Motor Show 2107

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required