Mercedes-Benz X-Class – konsep untuk aktiviti luar

Mercedes-Benz X-Class – konsep untuk aktiviti luar

Selepas mendapati lebih ramai orang menikmati aktiviti luar kini, dan mereka membawa kenderaan bersama, Mercedes-Benz juga mahu menunjukkan kemampuan trak pikap mereka untuk menyahut gaya hidup seperti ini. Oleh itu, dua konsep terbaru ditunjukkan, dengan menggunakan asas trak Mercedes-Benz X-Class.

Konsep pertama dihasilkan oleh Tischer, yang melihatkan terdapat kabin kompak di bahagian belakang trak ini. Di dalamnya, terdapat ruang tidur selebar 150 sm, ruang kelegaan kepala dua meter, dapur memasak dan tiga tempat duduk. Selain itu, terdapat juga tempat membasuh, tandas dan bilik mandi. Kabin ini boleh dicabut apabila tidak digunakan.

Untuk konsep kedua pula, ia dibangunkan oleh VanEssa, dan melihatkan kemasukan modul dapur lengkap heavy-duty yang boleh ditarik keluar. Berat keseluruhan unit dapur ini adalah 250 kg, dan ia termasuk barangan seperti kotak penyejuk, tempat memasak dan membasuh, serta ruang barangan dapur. Bahagian ini ditutup dengan kayu kalis air seperti dek kapal.

Mercedes-Benz X-Class – konsep untuk aktiviti luar

Kedua-dua konsep Mercedes-Benz X-Class untuk aktiviti luar ini akan dibawa ke pameran Caravan, Motor, Touristik (CMT) di Jerman, bersama beberapa buah lagi kenderaan dengan konsep sama seperti van Marco Polo Activity and Marco Polo Horizon.

Secara asasnya, Mercedes-Benz X-Class adalah model trak pikap yang boleh didapati dengan pilihan enjin diesel 2.3 liter berkuasa 163 hp untuk varian X 220 d, dan 190 hp untuk X 250 d, ataupun petrol 2.5 liter 165 hp. Semua model datang dengan pacuan roda belakang dan kotak gear manual enam kelajuan, tetapi model diesel mempunyai pilihan untuk pacuan empat roda. Transmisi automatik tujuh kelajuan ditawarkan sebagai pilihan untuk model X 250 d.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required