Nissan mempertimbangkan Thailand sebagai calon utama pangkalan kenderaan elektrik serantau

Nissan mempertimbangkan Thailand sebagai calon utama pangkalan kenderaan elektrik serantau

Pasaran bagi kenderaan elektrik (EV) di ASEAN buat masa ini bukanlah besar sangat, tetapi pengeluar kenderaan telah mempunyai perancangan untuk masa hadapan. Nissan, pelopor EV bagi pasaran massa dengan model Leaf, telah menyenarai-pendekkan Thailand sebagai pangkalan utama EV di rantau ini, lapor Bangkok Post.

Yutaka Sanada, Timbalan Presiden Kanan untuk Asia dan Oceania, memberitahu akhbar terbabit, Thailand merupakan salah satu daripada calon utama untuk pangkalan fasiliti EV bagi Nissan kerana syarikat telah pun melakukan pelaburan yang sangat besar bagi kilangnya di Samut Prakan, yang kini dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 370,000 kenderaan setahun.

Nissan juga mempunyai unit R&D dan tapak ujian saintifik bersebelahan dengan kilang. Dipanggil Nissan Technical Center South East Asia, ia merupakan yang ketiga di luar Jepun dan hanya satu sahaja di ASEAN.

Nissan mempertimbangkan Thailand sebagai calon utama pangkalan kenderaan elektrik serantau

“Saya berpendapat semua skim promosi dan polisi Thailand 4.0 telah menetapkan hala tuju bagi pembangunan EV di Thailand. Nissan juga telah menjalankan kajian kelayakan untuk model mesra-alam bagi pasaran ASEAN. Apabila kami melihat perkembangan EV di Thailand dan sekitar rantau ini, Nissan boleh melaksanakan produksi tempatan dengan lebih pantas, jadi kami sangat serius mempertimbangkan untuk memohon insentif pelaburan tersebut,” ujar Sanada, yang merujuk kepada manfaat zon bebas cukai AFTA di rantau ini.

Beliau turut berkata Nissan mempunyai rancangan untuk memperkenalkan Leaf EV dan e-Power hybrid di rantau kita sementara kajian kelayakan tersebut di jalankan.

“Secara keseluruhan, EV bukan mudah dilihat di rantau ASEAN, tetapi kami percaya populariti EV kian dipacu memandangkan pelanggan kini menyedari tahap penjimatannya. Di rantau ini, teknologi e-Power boleh diperkenalkan kepada pelanggan kerana ia lebih menjimatkan berbanding Leaf,” ujar Senada, sambil menambah perancangan Nissan untuk memperkenalkan model e-Power di Thailand dan Indonesia secepat mungkin.

Bagi e-Power, Nissan Note e-Power yang mula dijual di Jepun pada akhir 2016 merupakan calon yang paling sesuai. Sistem e-Power ini sangat unik. Ia merupakan sambungan hibrid bukan dari jenis plug-in dengan enjin 1.2 liter tiga-silinder yang tidak disambungkan kepada roda pacuan. Enjin ini hanya mengharapkan motor elektrik. Note kini dijual di Thailand, tetapi sebagai kereta eko biasa 1.2L tanpa sistem e-Power.

Nissan Serena terkini juga ditampilkan dengan varian e-Power, diperkenalkan pada Oktober 2017 dan dijadualkan akan mula dijual di Jepun pada tahun ini. MPV generasi kelima ini telah dikesan diuji di Malaysia baru-baru ini, walau pun kita mungkin hanya mendapat penjana kuasa S-Hybrid berbanding e-Power.

Sementara, Nissan Leaf serba baharu yang diperkenalkan pada September tahun lalu, dan Edaran Tan Chong Motor telah mengesahkan EV generasi kedua tersebut bakal memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini.

Nissan mempertimbangkan Thailand sebagai calon utama pangkalan kenderaan elektrik serantau

Leaf baharu ini telah menerima peningkatan yang signifikan dari segi prestasi, dengan motor elektriknya kini boleh menghasilkan 38% lebih kuasa dan 26% lebih tork, masing-masing pada 110 kW (148 hp) dan 320 Nm. dengan bateri lithium-ion 40 kWh yang berkapasiti lebih besar, ia mampu meningkatkan lagi New European Driving Cycle (NEDC) dari 195 km (model akan datang mampu mencapai 250 km) hingga 378 km.

Yang terbaharu juga termasuklah semi-pemanduan sendiri ProPILOT dengan kawalan kelajuan adaptif dan kekal lorong, serta ProPILOT Park. Ia juga ditampilkan dengan e-Pedal yang membolehkan anda untuk memecut atau memperlahankan kenderaan (termasuk memberhentikannya) dengan kawalan pedal pendikit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

 

Add a comment

required

required