Subaru Viziv Performance STI di Tokyo Auto Salon 2018 – prebiu untuk WRX STI generasi seterusnnya?

Subaru Viziv Performance STI di Tokyo Auto Salon 2018 – prebiu untuk WRX STI generasi seterusnnya?

Jika di Tokyo Motor Show (TMS) 2017 Subaru telah mendedahkan model konsep Subaru Viziv Performance Concept, pada Tokyo Auto Salon (TAS) 2018 yang berlangsung pada hujung minggu lalu, jenama berkenaan memperkenalkan pula versi yang lebih agresif digelar Subaru Viziv Performance STI.

Dengan pengenalan ini, maka lengkap spekulasi yang boleh dibuat bahawa kereta konsep ini adalah prebiu kepada versi berprestasi tinggi berasaskan Impreza generasi terkini dimana Viziv Performance adalah WRX, manakala Viziv Performance STI adalah WRX STI – kedua-dua model ini dijangka akan membuat penampilan sulung menjelang tahun 2020 kelak.

Untuk versi Performance STI ini, ia diberikan penggayaan yang lebih agresif bermula dengan bampar hadapan rekaan berlainan, menampilkan elemen seperti penutup lampu kabus pada setiap sisi, diinspirasi dari rekaan WRX STI sejak dari generasi Impreza GC8. Ia turut diberikan spoiler pada bumper hadapan yang lebih menyerlah bersama elemen gentian karbon pada bahagian bawah skirt sisi serta splitter tambahan pada diffuser belakang.

Subaru Viziv Performance STI di Tokyo Auto Salon 2018 – prebiu untuk WRX STI generasi seterusnnya?

Jika Viziv Performance hanya diberikan spoiler jenis ‘ekor itik’ yang kecil, versi STI ini diberikan sayap penuh yang begitu agresif seperti model-model WRX STI terdahulu. Bagi melengkapkan rupanya, lencana-lencana STI dilekatkan pada tempat sepatutnya bersama serlahan jalur tradisi berwarna Cherry Blossom Red STI.

Seperti juga penampilan Viziv di TMS tahun lalu, Subaru masih lagi belum mengeluarkan apa-apa perincian berkenaan unit janakuasa yang bakal menggerakkan World Rally eXperimental generasi berikutnya tersebut.

Namun menerusi laporan sebelum ini, model berprestasi tinggi yang akan dibina berasaskan Subaru Global Platform berkenaan akan dijana enjin boxer dengan bantuan motor elektrik, seterusnya menamatkan terus perkhidmatan enjin siri EJ yang telah membawa nama Subaru ke kancah WRC.

GALERI: Subaru Viziv Performance STI

GALERI: Subaru Viziv Performance di Tokyo Motor Show 2017

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required