VIDEO: Ford Ranger Raptor dalam ujian ketangkasan

Setelah teaser awal dikeluarkan Disember tahun lalu, kini Ford Ranger Raptor muncul pula di laman Facebook jenama itu untuk pasaran Thailand dan Australia. Yang ditampilkan kali ini ialah ujian lasak yang dilakukan ketika pembangunan trak pikap ini sedang dijalankan.

Seperti yang dapat dilihat, Ford Ranger Raptor diuji dalam banyak permukaan; debu pasir, melintasi air, ketika mendaki serta laluan berlumpur untuk memastikannya benar-benar lasak. Unit ujian yang digunakan itu masih lagi menggunakan pelekat samaran. Namun, sekiranya model Ranger terbaru untuk pasaran AS boleh dijadikan petunjuk, ia mungkin akan berkongsi banyak persamaan – mungkin juga lebih agresif dengan kit Raptor.

Bagi model AS berkenaan, Ranger Raptor diuji dalam persekitaran yang mencabar, termasuk di gurun Borrego dan kawasan berbukit dan padang pasir di Australia. Walaupun hanya model ujian pemanduan sebelah kanan sahaja dilihat setakat ini, versi pemanduan sebelah kiri juga khabarnya akan diperkenalkan untuk pasaran AS.

Thailand akan menjadi negara pertama menerima Ranger Raptor, berdasarkan penjelasan pada laman Facebook berkenaan. Buat masa sekarang, spesifikasi model berkenaan masih dirahsiakan, tetapi kemungkinan besar ia akan gunakan enjin turbodiesel – adakah enjin 3.2 Duratorq?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required