Honda Sensing bakal menjadi ciri standard untuk semua model generasi akan datang di Australia

Honda Sensing bakal menjadi ciri standard untuk semua model generasi akan datang di Australia

Honda telah mengumumkan semua barisan model akan datang bagi pasaran Australia bakal dilengkapi dengan ciri keselamatan Honda Sensing sebagai elemen standard. Pada masa ini, teknologi keselamatan dan teknologi sokongan pemandu pintar boleh didapati pada kira-kira seperlima dari model-modelnya yang ada di negara tersebut.

Enam elemen dirangkumkan di dalam ciri keselamatan tersebut, ini termasuklah Lane Departure Warning (LDW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Forward Collision Warning (FCW) dan Adaptive Cruise Control (ACC), yang ciri terakhir tersebut bekerjasama dengan fungsi Low-Speed Follow (LSF).

Buat masa ini, terdapat enam model Honda di Australia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan ini iaitu Accord VTi-L dan V6L, Civic VTi-LX sedan dan hatch, CR-V VTi-LX dan Odyssey VTi-L. Honda Australia berkata perancangan telah dibuat untuk mengimplementasikan Sensing ini dan bagi mendidik pelanggan mengenai manfaat teknologi keselamatam.

Tambah syarikat ini lagi, satu kaji selidik telah dilakukan melibatkan 1,200 pembeli kereta baharu yang ingin membeli dalam tempoh dua tahun akan datang menunjukkan terdapat peluang yang besar bagi mendidik pasaran mengenai kepentingan dan manfaat teknologi pencegahan kemalangan. Ia mengatakan bahawa walaupun pelanggan memahami cara kerja dan kepentingan beg udara, brek anti-kunci dan struktur badan yang selamat, pengetahuan mereka tentang banyak teknologi keselamatan yang baharu didapati agak rendah.

Pengetahuan mengenai ciri seperti LKA/LDW dan fungsi pengesan pelanggaran/elak kemalangan sebelum ini hanya pada kadar kecil iaitu kira-kira 10% atau lebih. Bagaimana pun, syarikat ini menambah dengan didikan terhadap setiap teknologi, pengetahuan mengenai ciri keselamatan berteknologi canggih ini mampu meningkat dengan lebih ketara.

Di Malaysia, Honda Sensing boleh didapati pada tiga model Honda sahaja iaitu CR-V 1.5L TC Premium, model facelift Odyssey 2.4L EXV dan Accord 2.4 VTi-L Advance. Adakah anda rasakan sistem ini wajar ditampilkan pada semua model bagi pasaran tempatan, dan sanggupkah anda bayar lebih untuknya? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required