Toyota dan Suzuki jalin kerjasama lebih erat untuk pembangunan enjin, produksi dan juga pemasaran

Toyota dan Suzuki jalin kerjasama lebih erat untuk pembangunan enjin, produksi dan juga pemasaran

Toyota dan Suzuki telahpun bersetuju untuk meneroka bersama perkara-perkara utama dalam teknologi semasa, termasuklah dalam teknologi persekitaran, keselamatan dan informasi yang akan diguna pakai dalam pembangunan produk automotif pada Oktober 2016. Empat bulan kemudian, satu Perjanjian Persefahaman (MoU) telah ditandatangani untuk tujuan tersebut, manakala pada Mac berikutnya kedua-dua pihak mula menjalankan pembekalan produk bersama pada pasaran India.

Terkini, Toyota dan Suzuki mula mengumumkan langkah seterusnya dalam kerjasama tersebut iaitu mula membincangkan projek usahasama bagi mengukuhkan lagi hubungan mereka. Perkara yang akan diteroka termasuk pembangunan teknologi, produksi kenderaan, dan juga pembangunan pasaran.

Tiga topik utama telahpun dikenalpasti. Pertama Toyota menerusi subsidiarinya iaitu pembuat komponen Denso Corporation akan membekalkan sokongan teknologi kepada Suzuki bagi pembangunan unit janakuasa yang kompak serta berefisiensi tinggi. Manakala divisi Toyota di India iaitu Toyota Kirloskar Motor (TKM), akan mula memproduksi model Suzuki bagi dijual menerusi jaringan pengedar Toyota dan Suzuki.

Yang ketiga, model Suzuki termasuk yang dipasang oleh TKM akan diedarkan dari India ke negara-negara Afrika dan pasaran lain menerusi jaringan pengedar Toyota dan Suzuki. Kedua-dua syarikat tersebut juga akan bekerjasama dengan lebih rapat dalam aspek logistik dan perkhidmatan.

20161012_01_02

“Suzuki merupakan syarikat [Jepun pertama] yang masuk ke India dan, bersama masyarakat India, telah hadir bagi menolak masyarkat automotif India kehadapan,” kata Presiden Toyota Akio Toyoda. “Sebagai ahli masyarakat India, Toyota, bersama Suzuki, akan melakukan terbaik bagi menambahbaik kebebasan dan keseronokan masa hadapan masyarakat mobiliti dan bagi menjadikan kenderaan “Buatan India” dinikmati di Afrika dan banyak negara lain.”

Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki pula menambah, “Kami akan menerima sokongan untuk pembangunan janakuasa kompak, berefisiensi tinggi yang penting untuk Suzuki, dan kami akan menumpukan sepenuhnya usaha bagi pembangunan. Menjadi harapan saya bahawa projek kerjasama baharu ini akan memberikan kejayaan masa depan untuk kedua-dua syarikat, bukan sahaja di India, tetapi juga dalam pasaran global.”

Suzuki seperti yang diketahui telah lama berkerjasama dengan Maruti di India, menjadikan mereka sebagai pengeluar terbesar pada pasaran tersebut dengan bahagian pasaran melebihi 50%. Namun adakah kerjasama baharu bersama Toyota ini akan melibatkan pakatan Maruti Suzuki masih belum diketahui.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required