Pasukan pereka Proton akan terlibat dalam projek global Geely, salurkan idea dan kreativiti yang pelbagai

Sudah lebih sedikit dari satu tahun sejak kerjasama antara Proton dan Geely berjalan secara rasmi. Banyak berita menarik yang diumumkan sejak dari waktu itu, termasuk perancangan Proton untuk melancarkan model baru setiap tahun, serta pengeluaran SUV Proton. Terbaru, kami diberitahu pasukan rekaan Proton (Proton Design) akan terlibat dalam beberapa projek global Geely.

Pengarah rekaan Geely Design, Guy Burgoyne memberitahu, “tujuannya adalah untuk mengembangkan dan memperkuat Proton Design. Di studio saya di Shanghai, kami ada banyak projek – kami akan gembira sekiranya Azlan dapat membantu dan mengambil beberapa projek tersebut daripada saya, supaya kami dapat membahagikan beban kerja ini dengan lebih baik. Kami juga mempunyai niat supaya dapat sampai ke tahap di mana kami boleh memberi sokongan terhadap satu sama lain.”

Pada masa ini, terdapat enam puluh individu dalam pasukan pereka Proton, dan ia diketuai oleh Azlan Othman. Guy memberitahu, Geely Design disebarkan luas secara global, dan mempunyai studio di Gothenburg (pasukan berasingan daripada pasukan Volvo), Hangzhou Bay, UK, Barcelona dan California.

“Apabila kami ada projek baru, kami akan cuba untuk menawarkan produk baru tersebut – waktu dalam tahap pembangunan – kepada sebanyak mana studio yang boleh supaya kami dapat menerima pelbagai idea dan kreativiti,” tambah Guy lagi.

Azlan pula berkata, “sinergi ini mendedahkan pasukan rekaan Proton kepada pengalaman antarabangsa yang lebih luas, dari aspek proses dan tenaga kerja yang kami akan terima. Malah sekarang pun, kami sudah mempunyai pekerja dari Perancis dan England. Jadi, kami sedang berkembang bersama Geely sebagai mentor. Kami sedang belajar daripada satu sama lain.”

Pasukan rekaan ini nanti akan bekerja sama dengan bos bahagian rekaan Geely Group, Peter Horbury. Beliau jugalah orang yang bertanggungjawab membangunkan jenama Geely dengan identiti sendiri. Apabila ditanya berkenaan visi Proton Design, beliau berkata, “sejujurnya, saya tidak tahu banyak tentang budaya anda tetapi pastinya rugi jika kami tidak dapat menerapkannya pada kenderaan kami. Saya adalah orang yang percaya kepada mencerminkan asal usul dalam produk; ia menambah sesuatu yang unik dan eksotik pada kereta.”

GALERI: Geely Boyue facelift

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required