Toyota Corolla berprestasi tinggi mungkin terima janakuasa hibrid, pacuan semua roda – ketua jurutera

Toyota Corolla berprestasi tinggi mungkin terima janakuasa hibrid, pacuan semua roda – ketua jurutera

Lanjutan dari berita bahawa Toyota bakal menghasilkan semula Corolla berprestasi tinggi di bawah jenama Gazoo Racing, untuk menentang hot-hatch lain seperti Honda Civic Type R dan Volkswagen Golf GTI, ketua jurutera Corolla hatchback generasi baharu, Yasushi Ueda menyatakan bahawa tidak mustahil model tersebut akan dikuasakan oleh janakuasa hibrid.

Ueda menyatakan perkara tersebut kepada portal automotif Australia Drive ketika majlis pelancaran Corolla generasi baharu di pasaran berkenaan. Menurut Ueda, beliau sebenarnya belum mempunyai perincian terhadap model tersebut, tetapi mengatakan “Sudah tentu, untuk masa hadapan hot hybrid kedengaran sangat bagus.”

Toyota Corolla hatchback generasi baharu ini dibina berasaskan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang turut digunakan sebagai asas untuk crossover Toyota C-HR dan Prius generasi baharu. Jadi selain dari mempunyai titik graviti rendah yang memudahkan ia ditala bagi memberikan pemanduan lebih berprestasi tinggi, ia juga tidak mempunyai masalah untuk diberikan unit janakuasa hibrid.

Toyota Corolla berprestasi tinggi mungkin terima janakuasa hibrid, pacuan semua roda – ketua jurutera

Oleh itu sekiranya projek ini benar-benar menjadi kenyataan, kereta berkenaan berkemungkinan bakal dipacu dengan sistem pacuan semua roda – kuasa dari enjin petrol pada roda hadapan, sementara motor elektrik akan memacu gandar belakang.

Dalam versi standard, Corolla generasi ke-12 versi hatchback tersebut hanya ditawarkan dengan enjin petrol NA empat silinder M20A-FKS 2.0 liter Dynamic Force. Enjin berkenaan ditawarkan dengan pilihan kotak gear automatik Direct-Shift CVT yang lebih responsif dari sebelum ini atau manual enam-kelajuan yang lengkap dengan fungsi rev-match.

Sejak generasi pertama, Toyota Corolla sering dikaitkan dengan ‘kereta keluarga’, tetapi sebenarnya Corolla sememangnya telah mempunyai varian lebih sportynya sendiri bermula dengan Sprinter KE15 pada tahun 1968, dan yang terakhir pasangan kembar Levin/Sprinter Trueno AE111 pada tahun 2000.

Jika benar Corolla ini dihasilkan kelak, tak dapat beli pun kita bakal terhibur dengan pertarungan klasik sambungan dari Levin/Trueno BZ-R AE111 Vs. Civic EK9 Type R, dan melihat bagaimana Toyota terjun ke kancah persaingan hot-hatch global yang kini disertai oleh Honda Civic Type R FK8, Volkswagen Golf GTI, Hyundai i30 N dan juga Renault Megane RS.

Selain dari Gazoo Racing, penala persendirian yang dilantik sebagai salah satu badan perlumbaan dan penala rasmi Toyota sejak era 70’an iaitu Tachi Oiwa Motor Sports atau lebih dikenali sebagai TOM’S turut telah mengumumkan visi mereka bagi menghasilkan Corolla hatchback yang lebih sporty versi mereka sendiri, digelar TOM’S Toyota Corolla Sport.

GALERI: Toyota Corolla Hatchback generasi baharu pasaran Amerika Syarikat

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required