Suzuki Jimny DAMD Little G dan Little D – replika skala kecil Land Rover Defender dan Mercedes G Wagen!

Jika sebelum ini Jimny Center Niigata ada menghasilkan kit badan bagi mentranformasikan Suzuki Jimny generasi baharu menjadi seiras dengan model klasik generasi JA12, ini ada sesuatu lagi yang tak kurang menarik – pembuat kit badan Jepun DAMD menghasilkan dua kit badan untuk Jimny bagi menjadikan kei-SUV berkenaan nampak seperti Mercedes-Benz G-Class (G-Wagen) dan Land Rover Defender, tetapi dalam skala lebih kecil, digelar Little G dan Little D.

Little G di berikan perumah lampu hadapan baharu bersama lampu isyarat membelok menegak dan juga gril dengan rekaan G-Wagen AMG, lengkap dengan logo Mercedes-Benz bersama bampar ala-AMG. Jalur kemasan sisi diberikan sepanjang badan SUV ini, dan turut disempurnakan dengan ruang roda yang direka semula dengan lebih berpetak dan juga tip ekzos yang keluar dari sisi – sama seperti G Wagen sebenar.

Bahagian belakang hanya menampilkan perubahan pada perumah tayar gantian yang dilekatkan dengan Logo DAMD. Dan bagi melengkapkan G-Class kecil ini, rim asal digantikan dengan rim lapan jejari berkembar kemasan gelap.

Manakala untuk Little D, bahagian-bahagian yang sama seperti perumah lampu dengan lampu kecil dan lampu isyarat bulat, gril hadapan, bampar hadapan dan skid plate, ruang roda sisi direka bagi mendapatkan rupa seiras Land Rover Defender. Bahagian muncung bonet hadapan diberikan perkataan ‘LITTLE D’ bagi mengajuk perkataan ‘DEFENDER’ pada Land Rover sebenar.

Tiada perumah roda gantian pada bahagian belakang untuk Little D di mana set roda tersebut digantung tanpa sarung. Berbeza dengan Little G, Defender kecil ini menerima perubahan yang banyak pada lampu belakang apabila set lampu asal tidak digunakan lagi, digantikan dengan lampu bulat individu, seperti konsep pada Defender sebenar.

Little D turut didatangkan dengan set roda baharu. Rim asal Jimny ini ditukar kepada rim lima jejari berkembar berwarna hitam,yang kelihatan seperti rim Defender sebenar. Perincian kecil lain seperti rivet-rivet yang kelihatan serta mud-flap bersaiz besar turut diberikan pada SUV kecil ini membolehkan ia kelihatan seperti Defender jika dilihat hanya sekali imbas.

GALERI: Suzuki Jimny generasi baharu di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required