Gordon Murray terima gelaran ‘Sir’ – diberi anugerah CBE dari Ratu Elizabeth II sempena tahun baharu 2019

Gordon Murray terima gelaran ‘Sir’ – diberi anugerah CBE dari Ratu Elizabeth II sempena tahun baharu 2019

Pereka kereta lagenda British, Gordon Murray telah dianugerahkan gelaran “Commander of the Most Excellent Order of the British Empire” atau CBE oleh Ratu United Kingdom, Ratu Elizabeth II sempena anugerah cemerlang tahun baru Ratu England 2019, menurut laporan The Drive. Anugerah tersebut membolehkan Murray membawa gelaran ‘Sir’ pada namanya.

Gelaran berkenaan adalah suatu penghormatan dari Empayar British, yang meniktiraf ahlinya di atas sumbangan mereka kepada rakyat UK melalui kesenian, sains, kebajikan, atau kebajikan. Murray yang lahir di Afrika Selatan kini menetap Surrey, England, dan terkenal melalui rekaan kereta-kereta ikonik buatan British.

Antara rekaan-rekaan hebat Murray adalah supercar produksi paling laju di dunia yang mencatatkan rekod tujuh tahun sebelum Bugatti Veyron – McLaren F1, dan jentera lumba yang membawa gelaran juara dunia F1 pertama untuk Ayrton Senna pada tahun 1988 – McLaren Honda MP4/4.

“Saya berasa sangat rendah diri untuk menerima CBE pada Penganugerahan Tahun Baharu Ratu. Saya menghabiskan masa lebih dari 50 tahun untuk melakukan apa yang saya suka, bekerja dengan orang-orang yang sangat kaya dengan bakat dan kreativiti di seluruh dunia, tetapi bertumpu di UK. Dari bertanding ketika zaman kegemilangan Formula 1 hingga merekabentuk supercar terpantas di dunia, saya cintakan setiap minit tersebut. Saya dedikasikan penganugerahan ini kepada semua yang berkerja dengan saya selama ini dan saya memandang ke masa hadapan yang mengujakan untuk Gordon Murray Group.

Murray kini mengendalikan firmanya sendiri iaitu Gordon Murray Automotive, menghasilkan teknologi pembuatan digelar iStream, yang menggabungkan teknik pembuatan logam tradisional dan proses penghasilan gentian karbon moden bagi menghasilkan casis produksi yang sangat ringan, tegar, tetapi masih lagi murah dan menggunakan proses cekap tenaga. Antara hasil dari syarikatnya ini adalah kereta sport T.43, kereta elektrik cekap tenaga T.25 dan juga trak boleh lipat – The Ox.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required