Proton Iriz facelift – Imej rasmi pertama didedahkan; tema rekaan seperti X70, terima sistem arahan suara

Proton Iriz <em>facelift</em> – Imej rasmi pertama didedahkan; tema rekaan seperti X70, terima sistem arahan suara

Selasa lalu, rupa Proton Iriz facelift 2019 terdedah secara tidak sengaja ketika dipandu uji oleh Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir. Dan hari ini secara rasmi Proton telah mendedahkan rupa hatchback berkenaan secara rasmi bersama sedikit maklumat tentang spesifikasi.

Seperti yang anda lihat, Iriz yang disegarkan ini menerima lampu hadapan tirus diambil dari kembar sedannya iaitu Persona. Ia turut diberikan gril baharu yang menurut Proton ‘sayap’ krom yang kelihatan bersambung dengan ‘kening’ krom pada gril model ini direka dari inspirasi busur panah, sama seperti pada SUV X70. Begitu juga elemen ‘infinite weave‘ di belakangnya yang diilhamkan dari corak ukiran rumah tradisional melayu.

Bampar hadapan turut dirombak semula dengan rekaan ‘mulut’ bahagian bawah lebih kecil, tetapi diberikan kemasan perumah lampu kabus LED yang lebih menonjol. Bahagian sisi pula menampilkan perubahan ringkas menerusi pemadanan set rim baharu, manakala bumbung diberikan kontras warna hitam bersama antena sirip yu menggantikan antena konvensional pada bumbung, bersama spoiler juga berwarna hitam seperti Iriz 2017.

Bahagian belakang turut menerima pengaruh dari X70 kemasan tambahan berwarna hitam yang turut menempatkan perkataan ‘PROTON’ pada pintu tailgate, bersama lampu belakang dengan grafik baharu yang menurut Proton memberikan rupa yang lebih lebar pada kereta ini. Bukan itu sahaja, bampar belakang turut ditukar, kali ini menampilkan bahagian kelihatan seperti diffuser yang lebih menyerlah, bersama sepasang liang udara menegak pada kedua-dua sisi.

Pada bahagian dalaman, rupa bentuk papan pemuka masih lagi kelihatan hampir sama dengan sedikit kelainan pada perincian. Tiada sebarang info rasmi dari Proton, tapi boleh dilihat papan instrumen meter nampaknya diberikan grafik baharu bersama skrin pelbagai informasi ditengahnya diberikan skrin TFT berwarna.

Proton Iriz <em>facelift</em> – Imej rasmi pertama didedahkan; tema rekaan seperti X70, terima sistem arahan suara

Tempat duduk dengan corak ‘jalur Martini Racing’ masih kekal, sementara roda stereng dibalut kulit dengan serlahan benang merah, manakala tombol gear direka semula tampil dengan rupa seakan tombol dari Proton X70. Juga dapat dilihat ia kini diberikan skrin infotaimen lebih besar, dan menurut kenyataan rasmi Proton ia direka sendiri dengan kerjasama Ecarx dan menawarkan opsyen pelbagai hubungan dan fungsi arahan menggunakan suara – didakwa sebagai yang pertama seumpanya dalam kelas hatchback segmen-B.

Proton juga menyatakan bahawa lebih perincian akan didedahkan selepas ini, sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Untuk model sedia ada, Iriz dijana dua pilihan enjin iaitu 1.6 liter VVT berkuasa 107 hp/150 Nm dan juga 1.3 liter VVT berkuasa 94 hp/120 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear CVT automatik, dan lima-kelajuan manual hanya untuk model 1.3 liter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required