For the 2020 GT-R NISMO, Nissan engineers set out to take race-proven technology and make it accessible and comfortable for drivers of all skill levels. Vehicle control and predictability were critical in achieving this; thus, they adopted the theme ìabsolute street and track performanceî when developing the car.

Selain dari Nissan 370Z 50th Anniversary Edition dan GT-R 50th Anniversary Edition, Nissan turut memperkenalkan satu lagi model berprestasi tinggi mereka iaitu Nissan GT-R Nismo 2020. Model kemaskini ini menerima pelbagai tingkat taraf yang diinspirasikan dari model perlumbaan sebenar Nissan GT-R Nismo GT3.

Oleh itu pada bahagian luaran, komponen-komponen seperti bampar hadapan dan belakang, fender hadapan, bonet, bumbung, kemasan bendul sisi, penutup but belakang dan juga spoiler belakang digantikan dengan unit yang diperbuat dari gentian karbon. Menurut Nissan, proses ini membolehkan berat sebanyak 10.5 kg dibuang dari asal.

Nissan turut memadankan liang sisi dan rim aluminium forged 20-inci dari Rays Engineering yang seiras dari jentera GT-R Nismo GT3. Dua ciri ini adalah antara 20 komponen lain yang turut ditukar dengan unit yang lebih ringan, membolehkan 20 kg lagi berat pada kereta tersebut dibuang, dakwa Nissan. Ia juga menerima tayar yang lebih lebar serta bunga yang dikurangkan bagi memberikan 11% lebih kawasan yang bersentuh dengan permukaan jalan.

For the 2020 GT-R NISMO, Nissan engineers set out to take race-proven technology and make it accessible and comfortable for drivers of all skill levels. Vehicle control and predictability were critical in achieving this; thus, they adopted the theme ìabsolute street and track performanceî when developing the car.

Seperti model Nismo sebelum ini, enjin VR38DETT V6 turbo berkembar pada versi kali ini juga masih mengekalkan unit pengecas turbo yang diambil terus dari jentera GT3, menampil rekaan turbin yang diubahsuai dengan bilangan bilah yang dikurangkan. Ini membolehkan kereta berkenaan menerima bekalan kuasa 600 hp dan tork maksima 652 Nm dalam keadaan standard.

Ia juga masih digandingkan dengan kotak gear klac-berkembar automatik enam-kelajuan, namun perisiannya telah diolah semula bagi memberikan kawalan tukaran gear adaptif yang lebih baik, serta mod R yang lebih diperhalusi. Kuasa dari transmisi ini kemudian dipindahkan ke kesemua roda menerusi sistem AWD Attesa ETS.

Bukan sahaja memecut dengan lebih laju, model tingkat taraf ini juga mampu berhenti dengan lebih cepat. Ia dilengkapkan dengan cakera brek dari material seramik karbon, dan juga bersaiz lebih besar iaitu 410 mm di hadapan dan 390 mm di belakang. Angkup brek baharu turut ditampilkan dalam warna kuning, yang direka lebih tegar serta mampu menampung suhu sehingga 1,000 darjah Celsius. Pelapik brek juga direka dengan material baharu.

Nissan GT-R Nismo 2020 diberikan talaan semula pada suspensi yang membolehkan kestabilan ketika mengambil selekoh dipertingkat, bersama respon kadar pergerakan yaw lebih baik bagi mendapatkan kualiti pemanduan yang lebih lancar. Stereng juga menerima talaan baharu bagi memberikan kadar linear dan kejituan lebih baik, membolehkan anda memandu pada kelajuan 300 km/j dengan kadar pembetulan stereng yang minimal.