BMW X6 G06 diperkenalkan – lebih besar dan mewah; M50i dilengkapi enjin 4.4L twin-turbo V8 523 hp

BMW X6 G06 diperkenalkan – lebih besar dan mewah; M50i dilengkapi enjin 4.4L twin-turbo V8 523 hp

BMW X6 G06 serba baharu telah pun diperkenalkan secara rasminya di peringkat global. Sport Activity Coupe (SAC) buatan pengeluar kenderaan Jerman ini memang cukup terkenal di merata pasaran. Buktinya, sebanyak 443,000 unit daripada dua generasi sebelumnya telah pun terjual di seluruh dunia.

Bagi SAV generasi ketiga ini pula, ia bukan sahaja memiliki keterampilan yang lebih menyerlah berbanding model sebelumnya, tetapi juga dihadirkan dengan pelbagai ciri yang lebih canggih, ada beberapa daripadanya yang diadaptasikan dari model perdana 7 Series.

Bagi dimensinya, X6 diberikan tambahan ukuran boleh dikatakan di segenap sudut, dengan panjangnya kini 4,935 mm (+26 mm), termasuk ditambah 42 mm bagi jarak rodanya (2,975 mm). Malah SAV ini juga 15 mm lebih lebar berbanding sebelumnya (2,004 mm), sementara ketinggiannya dikurangkan sebanyak 6 mm, kini menjadi 1,696 mm.

Untuk penggayaannya, kini dipadankan dengan gril kidney bingkai-tunggal yang lebih besar di hadapan, yang kini lebih spesifik dengan iluminasi jika mahukan lebih perhatian untuk bahagian tertentu kereta ini.

BMW X6 G06 diperkenalkan – lebih besar dan mewah; M50i dilengkapi enjin 4.4L twin-turbo V8 523 hp

Sementara itu, lampu utama yang lebih anggun mirip dengan yang dipadankan pada X5 G05 terkini, dan kini sedikit jauh daripada gril berbanding yang ditunjukkan pada generasi E71 terdahulu. Lampu utama LED kini didatangkan secara standard, dengan pilihan untuk dinaiktaraf sama ada dengan lampu utama Adaptive LED atau BMW Laserlight dengan Selective Beam.

Pandangan sisinya pula melibatkan garisan bumbung ala coupe yang masih dikekalkan, sedikit cerun ke belakang untuk karakter dinamik yang lebih optima berbanding sebelum ini, hasilnya seksyen kaca pada bahagian belakang lebih ditarik sedikit melunjur.

Bukan itu sahaja, gerbang rodanya juga lebih berbentuk haksagon, dan karakter garisan E71 yang merentasi pemegang pintu telah disingkirkan. Malahan garisan tersebut kini terletak di bawah beltline untuk menampakkan ketegapan sisi tersebut yang disambung ke pemegang pintu belakang hingga ke lampu belakang. Bukan itu sahaja, Air Breather kini disambungkan dengan gerbang roda hadapan.

Selain itu, lampu belakang LED yang lebih langsing turut dipadankan dengan grafik berbentuk-L yang menyerlahkan lagi bahagian tersebut.

Untuk X6, BMW menawarkan pakej penggayaan xLine dan M Sport. Untuk xLine, ia menawarkan imej yang lebih “tradisional” termasuk bampar dan Air Curtain berbentuk haksagon dan corong pengambilkan tengah yang lebih sempit, rel bumbung, pelindung underguard hadapan, kemasan hitam pada gerbang roda dan skirt sisi dan juga kemasan sutera aluminium pada sesetengah komponen.

Bagi M Sport pula, ia menampilkan pakej M Aerodynamic dengan bampar yang lebih agresif termasuk corong pengambilan yang lebih besar, bersama kemasan gerbang roda yang sama dengan warna badan dan kemasan hitam berkilat untuk gril dan beberapa bahagian lain. Untuk pilihan yang lebih sporty, ia turut menampilkan suspensi Adaptive M, brek M Sport, dan sistem ekzos M Sport. X6 turut menerima roda aloi ringan 19-inci secara standard, tetapi saiz lain turut diberikan sebagai pilihan iaitu daripada 20- hingga 22-inci.

Menjengah bahagian dalamnya pula, bentangan papan pemuka mirip seperti X5, dengan sifat yang lebih praktikal utnuk SAV. Roda stereng, kemasan dan pedal bergantung pada pilihan sama ada xLine atau M Sport.

Sistem BMW Live Cockpit Professional yang turut ditampilkan pada model seperti 8 Series, 7 Series dan juga X5, juga diberikan untuk X6 ini. Dengan pakej ini, ia merangkumi dua paparan 12.3-inci, satu untuk kluster instrumen digital, sementara satu lagi untuk mengendalikan skrin sesentuh Control Display. Ia turut dijanakan oleh BMW Operating System 7.0 dengan beberapa ciri yang ditampilkan seperti BMW Digital Key, Intelligent Personal Assistant, perkhidmatan ketersambungan, dan kad SIM binaan dalam.

BMW X6 G06 diperkenalkan – lebih besar dan mewah; M50i dilengkapi enjin 4.4L twin-turbo V8 523 hp

Lain-lain ciri yang turut ditampilkan di dalam kabin termasuklah sistem kawalan suhu 2.5-zon, yang boleh menggantikan sistem empat-zon dan menambah baik pakej Ambient Air. Senarai pilihan termasuk pemegang cawan termoelektrik, aplikasi kaca untuk kawalan pemilih, pengecas telefon pintar tanpa wayar, hiburan untuk tempat duduk belakang serta sistem bunyi Bowers & Wilkins.

Untuk menambahkan aura yang lebih mewah, ia turut menampilkan pencahayaan ambien secara standard dan sistem ini turut didatangkan dengan Welcome Light Carpet. Tidak cukup dengan itu, ia turut didatangkan dengan bumbung kaca panorama Sky Lounge yang kini 83% lebih besar.

Tempat duduk standard dengan fungsi larasan elektrikal dan haba juga diberikan, dengan ciri tambahan termasuk fungsi mengurut dan pengaliran bagi tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. Kulit Vernasca diberikan dengan penawaran BMW Individual Merino sebagai pilihan.

X6 masih diberikan tempat duduk belakang dengan nisbah split-folding 40:20:40 yang membolehkan mendapat kapasiti but yang dipertingkatkan ke 1,525 liter daripada 580 liter.

Sistem bantuan pemandu dan keselamatan juga tampil secara standard dengan Cruise Control bersama fungsi brek, serta Collision and Pedestrian Warning dengan fungsi City Braking. Ciri lain termasuk Active Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, Parking Assistant Plus dan Driving Assistant Professional.

Pakej lain termasuk Traffic Jam Assistant, Lane Keeping Assistant dengan Active Side Collision Protection, Lane Change Assistant, Evasion Assistant, Rear Collision Warning, Road Priority Warning, Wrongway Driving Warning System, Crossing Traffic Warning dan Lane Change Warning.

X6 bakal ditawarkan dengan dua unit enjin petrol dan dua diesel, termasuk versi M Performance. Ini termasuklah varian M50i dengan enjin 4.4 liter twin-turbo (dari M850i dan 750i) yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 530 PS (523 hp) dan tork 750 Nm. Memandangkan ia adalah varian yang mempunyai kuasa kuda paling tinggi, maka M50i mampu mencapai pecutan dari 0-100 km/j dalam 4.3 saat.

Selain itu, varian xDrive401 pula dijanakan oleh enjin 3.0 liter twin-turbo enam-silinder sebaris dengan output sehingga 340 PS (335 hp) dan 450 Nm, cukup untuk capai pecutan dari 0-100 km/j dalam 5.5 saat.

BMW X6 G06 diperkenalkan – lebih besar dan mewah; M50i dilengkapi enjin 4.4L twin-turbo V8 523 hp

Bagi unit diesel pula, ia dibarisi varian M50d dan sDrive30d dengan enjin 3.0 liter turbodiesel enam-silinder. Walau bagaimana pun, M50d dengan empat pengecas turbo, memiliki kuasa sehingga 400 PS (394 hp) dan 760 Nm (0-100 km/j dalam 5.2 saat). Sementara sDrive30d pula dengan variable geometry turbo mampu memberikan output hanya 265 PS (261 hp) dan 620 Nm (0-100 km/j dalam 6.5 saat).

Kesemua varian boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 250 km/j, dengan varian asas diesel hanya 230 km/j. Transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan didatangkan secara standard, begitu juga dengan sistem pacuan semua-roda xDrive.

X6 juga menggunakan double wishbone di hadapan dan gandar lima-sambungan di belakang, dengan suspensi udara juga ditawarkan dengan kos tambahan. Juga ditawarkan ialah pakej xOffroad untuk semua varian kecuali M50i dan M50d, dan ini termasuklah larasan untuk janaan pemanduan bespoke, mod spesifik bagi off-road, pengunci M differential di belakang dan suspensi udara yang didatangkan secara standard.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required