Chevrolet rancang memperkenalkan tiga SUV baharu untuk Thailand, Captiva akan mendahului produksi

Chevrolet rancang memperkenalkan tiga SUV baharu untuk Thailand, Captiva akan mendahului produksi

Beberapa tahun lalu, Chevrolet pernah buat keputusan untuk menamatkan pasaran beberapa model kereta penumpang dan hanya meneruskan jualan dua model iaitu trak pikap Colorado dan SUV Trailblazer di Thailand. Walau bagaimana pun disebabkan keberangsangan permintaan terhadap SUV, Chevrolet mengambil keputusan untuk memperkenalkan tiga SUV baharu di pasaran tersebut, dan yang akan pertama muncul ialah Chevrolet Captiva yang pernah dipertontonkan di Bangkok International Motor Show 2019 pada Mac lalu, dan dua model lagi bakal menyusul.

Menerusi perincian yang pernah kami laporkan di Bangkok lalu, Captiva baharu ini adalah model Baojun 530 dari China yang telah dijenamakan semula (rebadge), dan turut sudah dilancarkan di Indonesia sebagai Wuling Almaz. Kedua-dua Baojun dan Wuling di Indonesia adalah satu kerjasama antara GM dan SAIC Motor dari China.

Captiva baharu di Thailand akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo dengan padanan CVT yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan. Harga permulaan di bawah satu juta baht untuk versi lima-tempat duduk, dan sekitar 1.2 juta baht untuk tujuh-tempat duduk. Ia dijadualkan akan dilancarkan pada September ini.

Chevrolet rancang memperkenalkan tiga SUV baharu untuk Thailand, Captiva akan mendahului produksi

SUV Chevrolet Tracker pasaran China

Menurut Bangkok Post, Chevrolet juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan model SUV yang lain yang akan diposisikan di bawah Captiva. Kebarangkalian ia adalah Chevrolet Tracker, SUV segmen-B yang dilancarkan di China tahun lalu. Crossover yang dipadankan dengan enjin 1.3L turbo tiga-silinder yang mampu menghamburkan 165 hp, bersama padanan CVT, dan juga versi 1.0L (114 hp) dengan kotak gear manual tetapi agak kurang sesuai untuk pasaran Thailand.

Tracker mungkin akan ditawarkan dengan harga antara 700,000 baht hingga satu juta baht, dengan posisi ini pernah diduduki oleh Sonic hatchback/sedan B-segmen dan sedan Cruze dari segmen-C yang pernah dipasarkan di Thai.

Laporan akhbar terbabit juga menyatakan model ketiga selepas Captiva dan Tracker yang akan diperkenalkan ialah juga gabungan crossover antara SUV dan MPV. Dengan kod nama CN220C, model yang bakal diperkenalkan itu pernah ditunjukkan dalam video presentation kepada wartawan Thai di China pada bulan lalu.

Chevrolet rancang memperkenalkan tiga SUV baharu untuk Thailand, Captiva akan mendahului produksi

Model konsep Baojun RM-C

Sumber memberikan bayangan bahawa CN220C akan memiliki jarak roda berukuran 2.8-meter. Dengan penggayaan yang diinspirasikan berasaskan model konsep Baojun RM-C yang diperkenalkan pada April lalu, dan mungkin lebih besar daripada Chevrolet Spin.

Dan mulai sekarang, China akan mengendalikan model baharu Chevrolet untuk rantau kita, dengan memfokuskan tiga keutamaan termasuk mensasarkan pembeli daripada golongan muda, dilengkapi pemanduan pintar (daripada Bosch) dan perkhidmatan pintar (dengan proses lebih efisien sepanjang penyelenggaraannya). Dijangkakan SUV Chevrolet baharu ini bakal dilengkapi dengan banyak ciri teknologi. Ini memang strategi jenama tersebut yang menggunakan taktik yang sama di Thailand – nilai dan teknologi – untuk menarik golongan muda.

Di Malaysia, jenama GM ini sudah tiada wakil yang sah selepas Naza Quest menamatkan hak pengedarannya dengan Chevrolet pada November tahun lalu.

GALERI: Cheverolet Captiva di Bangkok 2019

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required