X70 model paling laris dari Proton untuk 6 bulan pertama 2019, Persona terima tempahan luar biasa

X70 model paling laris dari Proton untuk 6 bulan pertama 2019, Persona terima tempahan luar biasa

Selalunya dalam barisan model satu-satu pengeluar, akan ada model-model asas dengan harga mampu milik dijual sebagai model ‘bread and butter‘ – bermaksud walaupun ia antara yang paling murah, tapi model tersebut adalah yang paling laris dan memberikan sumber pulangan utama kepada syarikat.

Tetapi lain pula nampaknya yang berlaku pada Proton di mana SUV segmen-C mereka, X70 nampaknya menjadi model paling laris untuk enam bulan pertama tahun ini, dan bukannya model-model lebih mampu milik seperti Saga mahupun Iriz. Ketika berlangsungnya sambutan Hari Raya Proton semalam, syarikat itu turut mendedahkan bahawa mereka telah menjual sebanyak 43,679 unit kereta untuk separuh pertama 2019, meningkat 61% berbanding tempoh sama tahun lalu!

X70 model paling laris dari Proton untuk 6 bulan pertama 2019, Persona terima tempahan luar biasa

Untuk bulan Jun sahaja, sejumlah 7,615 unit kereta telah diserahkan kepada pembeli, membolehkan Proton memegang bahagian pasaran sebanyak 18.1% (berdasarkan data dalaman mereka) – rekod tertinggi sejak Julai 2015, dan berjaya mengekalkannya di tangga kedua, mengatasi Honda.

Dalam pembentangan ini lagi turut mendedahkan X70 sebagai model penyumbang terbesar untuk jualan pada bulan Januari hingga Mac iaitu 40%, 53% dan 49%. Empat model digabungkan sekali dalam carta berkenaan iaitu Persona, Iriz, Exora dan Saga (ditulis sebagai PIES), dan jualan untuk gabungan PIES tersebut mula meningkat dari April hingga Jun iaitu 60%, 76% dan 78%.

Ini adalah kerana Proton mula memperkenalkan model-model facelift untuk Persona, Iriz dan Exora RC pada tempoh berkenaan. Menurut Proton, sebanyak 11,500 tempahan diterima untuk Persona 2019, meningkat 108% berbanding model pre-facelift yang diperkenalkan pada 2018. Manakala untuk Exora RC, sehingga kini sebanyak 1,500 tempahan telah diterima atau 135% lebih banyak dari versi 2018.

“Serangan” yang dilakukan oleh Proton untuk 2019 tidak terhenti setakat ini. Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Dato’ Seri Syed Faisal Albar sebelum ini mengesahkan Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) ketika ini berjalan mengikut jadual, dan ia akan diperkenalkan tahun ini.

Versi CKD tersebut tentunya akan menawarkan X70 dengan harga yang lebih kompetitif, dan tidak mustahil ia akan mengekalkan atau meningkatkan lagi momentum jualan sedia ada. Proton juga kini dilihat sedang giat menguji Saga facelift – satu lagi model yang dilihat akan melonjakkan jualan jenama automotif nasional itu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required