Geely Coolray – Binyue pasaran Filipina, dilancarkan suku keempat tahun ini; harga sekitar RM96k-RM105k

Geely Coolray – Binyue pasaran Filipina, dilancarkan suku keempat tahun ini; harga sekitar RM96k-RM105k

Ketika kita di Malaysia tertunggu-tunggu kehadiran Proton X50, iaitu SUV segmen-B berasaskan Geely Binyue, pasaran Filipina nampaknya bakal menerima model tersebut lebih awal. Filipina yang menggunakan konfigurasi pemanduan sama dengan China iaitu di sebelah kiri (LHD) akan menerima SUV tersebut pada suku keempat tahun ini, dan akan dipasarkan dengan nama Geely Coolray, menurut laporan Wheels.ph.

Model tersebut akan dibawa dari terus China dan diedarkan di Filipina oleh Sojitz Auto Philippines, bakal dijual pada harga sekitar 1.2 juta hingga 1.3 juta peso atau RM96k hingga RM105k.

Coolray di Filipina akan dijana oleh enjin petrol turbo 1.5 liter tiga-silinder berkuasa 177 hp/255 Nm, digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Pelanggan di Filipina turut akan ditawarkan dengan fungsi-fungsi seperti sistem parkir automatik dan juga kamera pemantau sekeliling 360 darjah.

“Buat masa sekarang, kami telah mempunyai tujuh rakan perniagaan. Kesemua tujuh ini dijangka akan membuka outlet pengedar mereka pada suku terakhir tahun ini. Dalam masa yang sama, kami di Sojitz akan bertindak sebagai pengedar dan penjual,” kata pengurus bahagian servis pemasaran Sojitz Auto, Ryan Christopher Isana kepada Wheels.ph.

Kita di Malaysia nampaknya perlu menunggu sekitar setahun lagi untuk menerima Proton X50 dan ini hampir disahkan menerusi pembentangan strategi Proton oleh CEOnya, Dr. Li Chunrong ketika perasmian Saga facelift 2019 awal minggu ini. Model tersebut bukan sahaja perlu “dijadikan sebuah Proton” menerusi perubahan rupa, malah kedudukan pemandu pada sebelah kiri juga perlu dialihkan ke kanan (RHD).

GALERI: Geely Binyue pasaran China

GALERI: Spyshot Proton X50 sedang diuji di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Alson P on Aug 09, 2019 at 4:37 am

    Jangkaan harga di binyue CKD Malaysia juga hampir sama.. rm95k hingga rm105k… Mengapa?
    Pertama – perpindahan teknologi dari China ke malaysia
    Kedua – melibatkan kejuruteraan memindahkan pemanduan kiri-kanan-kiri
    Ketiga – mungkin dilengkapi GKui tahap 2 atau 3 atau 4, lebih baik dari x70 (pemanduan autonomously)
    Kelebihan CKD sebahagian kecilpart dari vendor tempatan, kos maintenance jauh lebih murah tberbanding CBU
    Dll

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
 

Add a comment

required

required