Mitsubishi tawar promosi akhir tahun – rebat tunai sehingga RM12k atau kadar faedah serendah 0.88%

Mitsubishi tawar promosi akhir tahun – rebat tunai sehingga RM12k atau kadar faedah serendah 0.88%

Tahun 2019 sudah pun memasuki suku ke-empat, dan seperti kebiasaannya pada setiap akhir tahun, pasti banyak syarikat pengeluar kenderaan berlumba-lumba menganjurkan promosi hebat. Ini termasuklah Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang menawarkan rebat tunai sehingga RM12,000 atau kadar faedah serendah 0.88% (untuk pinjaman pembelian menerusi Maybank atau Public Bank sahaja) untuk varian dan model Mitsubishi terpilih. Ini adalah sebahagian daripada promosi hujung tahun syarikat dan telah pun bermula sehinggalah 31 Disember ini.

Bermula dengan trak pikap Triton, varian asas VGT MT kini ditawarkan dengan rebat tunai RM4,000, sementara versi automatik (VGT AT) pula dengan rebat RM8,000.

Bagi varian VGT MT Premium dan VGT AT Premium, ditawarkan dengan kadar faedah serendah 0.88%, atau sebagai alternatif, MMM menawarkan rebat sebanyak RM10,000 untuk VGT MT Premium, dan RM4,000 bagi VGT AT Premium.

Manakala varian tertinggi VGT Adventure X, yang baru saja dipertingkatkan, turut ditawarkan dengan kadar faedah rendah, tetapi pelanggan juga diberikan pilihan rebat tunai RM4,000.

Promosi ini juga melibatkan model Outlander, dengan varian 2.0L ditawarkan rebat sebanyak RM4,000, sementara 2.4L pula dengan RM2,000 – kedua-duanya juga dihadirkan dengan pakej penyelenggaraan percuma selama dua-tahun. Turut terlibat dengan promosi ini ialah crossover ASX, dengan rebat sehingga RM12,000 untuk varian 4WD, atau rebat RM8,000 bagi model 2WD.

Kesemua varian Triton didatangkan dengan waranti lima-tahun/200,000 km, sementara Outlander dan ASX pula dengan waranti lima-tahun/perbatuan tanpa had.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required