Mitsubishi Triton Knight – terhad 120 unit, RM138k

Mitsubishi Triton Knight – terhad 120 unit, RM138k

Kita belum lagi dapat Mitsubishi Triton Athlete seperti di Thailand yang dilancarkan bulan lalu, tetapi hari ini Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan bahawa model edisi terhad Triton Knight sudahpun rasmi masuk ke pasaran Malaysia, dihasilkan hanya 120 unit, dan dijual pada harga RM137,900.

Model ini dihasilkan dari varian Triton Adventure X, tetapi diberikan pelbagai ciri tambahan yang unik; pembeli model ini agak bertuah kerana harganya adalah sama tanpa tambahan seperti Triton standard varian tertinggi berkenaan.

Seperti versi Knight sebelum ini, ia hanya hadir dengan warna badan White Diamond. Manakala ciri tambahan luaran yang akan diberikan pada model edisi terhad baharu ini termasuk kemasan berwarna kelabu pada bampar hadapan, pelindung hud enjin, visor tingkap, dan juga pelekat badan khas Triton Knight. Rim 18-inci dengan tayar 265/60R18 masih sama seperti Adventure X.

Untuk bahagian dalaman pula, model ini menerima scuff plate pada bendul pintu dan juga karpet kaki yang disulam dengan logo Knight dan benang merah.

Versi ini terus diberikan ciri-ciri yang sama seperti Adventure X. Oleh itu ia hadir sekali dengan Pemantau Sekeliling (ARM), kamera DVR, sistem hiburan dengan skrin sesentuh utama tujuh-inci bersama sokongan CarPlay dan Android Auto, serta Flying Sports Bar pada bed belakang.

Kelengkapan lain yang turut hadir termasuk lampu hadapan projector bi-LED bersama DRL LED, tempat duduk balutan kuilt, tempat duduk larasan kuasa untuk pemandu, pedal penukar gear di stereng dan pengelap cermin automatik.

Untuk keselamatan, Triton Knight dilengkapkan dengan Forward Collision Mitigation (brek kecemasan autonomous untuk kenderaan dan pejalan kaki), Blind Spot Warning dengan Lane Change Alert, Rear Cross Traffic Alert, Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (depan dan belakang), Auto High Beam, amaran tali pinggang pemandu hadapan, pengesan jarak depan dan belakang, ABS, EBD, BA, Stability Control, Traction Control dan tujuh beg udara.

Juga tiada perubahan pada unit penjana, dan ia kekal enjin 4N15 MIVEC turbodiesel 2.4 liter yang mampu menjana 179 hp pada takat 3,500 rpm dan tork maksima 430 Nm bermula 2,500 rpm. Ia digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik bersama sistem Super-Select 4WD dan Easy-Select 4WD.

Seperti varian Triton lain, model Knight ini turut dilindungi dengan waranti selama lima-tahun/200,000 km. Jika anda telah pun memiliki Triton biasa atau tidak berjaya untuk mendapatkan model edisi terhad ini, Mitsubishi turut menawarkan jualan aksesori-aksesori berkenaan di pengedar-pengedar sah mereka.

Sebagai sebahgian dari promosi akhir tahun Mitsubishi, pelanggan yang membeli mana-mana varian Triton akan menerima rebat sehingga RM3,000. Dalam promosi ini juga, MMM menawarkan tambahan rebat sehingga RM2,000 untuk mana-mana pemilik trak pikap yang membeli varian terpilih Triton.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required