Isu ambil alih PLUS: Kerajaan minta pihak yang berminat dengan tawaran beri maklumat terperinci

Isu ambil alih PLUS: Kerajaan minta pihak yang berminat dengan tawaran beri maklumat terperinci

Berhubung dengan pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS), kerajaan meminta pihak yang berminat agar memberikan maklumat terperinci mengenai tawaran terbabit.

Menurut Menteri Kerja Raya Baru Bian, perkara itu diminta oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya segala maklumat dapat disemak semula sebelum kerajaan membuat sebarang kelulusan. Walau bagaimana pun, memetik laporan yang disiarkan oleh Bernama, Bian turut berkata, tiada tempoh masa ditetapkan untuk perkara itu dilakukan,

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu PLUS. Khazanah memiliki 51% kepentingan dalam PLUS manakala 49% lagi dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susulan pengambilalihan pada 2011 dengan nilai transaksi RM32 bilion.

Isu ambil alih PLUS: Kerajaan minta pihak yang berminat dengan tawaran beri maklumat terperinci

Setakat ini, empat syarikat konglomerat telah menawarkan sejumlah tawaran untuk mengambil alih PLUS. Syarikat tersebut ialah Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) telah menaikkan tawarannya untuk memperoleh 100% kepentingan ekuiti dalam PLUS dengan jumlah nilai perusahaan sebanyak RM38.34 bilion. Ini termasuk RM5.3 bilion untuk kepentingan ekuiti, pengecualian pampasan sebanyak RM3.04 bilion dan andaian hutang sebanyak RM30 bilion.

Manakala tiga lagi syarikat konglomerat terkemuka turut membuat tawaran untuk membeli kepentingan dalam PLUS; Maju Holdings Sdn Bhd, RRJ Capital dan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad menerusi Karongsa Private Capital Sdn Bhd.

Selain itu Kementerian Kewangan turut dilaporkan berminat untuk mengambil alih pegangan Khazanah dalam PLUS berikutan Putrajaya mahu mencegah aset penting itu daripada jatuh ke tangan syarikat swasta.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required