Yamaha NMax 2020 dengan ABS dan Traction Control dijual mahal sikit daripada Honda PCX di Indonesia

Yamaha NMax 2020 dengan ABS dan Traction Control dijual mahal sikit daripada Honda PCX di Indonesia

Yamaha NMax 2020 diperkenalkan buat pertama kali di Indonesia pada hujung tahun lepas, dengan hanya harga untuk versi Standard sahaja yang dikeluarkan iaitu 29.5 juta Rupiah (RM8,863). Sekarang harga untuk versi dengan kelengkapan lebih moden iaitu NMax Connected ABS pula didedah – 33.75 juta Rupiah (RM10,140).

Daripada harga ini kita boleh melihat, NMax 2020 versi Standard mahal sedikit (+1.2 juta Rupiah/RM362) daripada NMax Standard sebelumnya, manakala NMax Connected ABS lebih mahal 1.735 juta Rupiah (RM521) berbanding NMax ABS sebelum ini di Indonesia.

Melihat lagi dalam pasaran negara itu, NMax Connected ABS 2020 juga sedikit lebih mahal berbanding Honda PCX 150 ABS (+1.239 juta Rupiah/RM372) yang dijual pada harga 32.511 juta Rupiah (RM9,768). Sekadar sebagai satu perbandingan tambahan, Honda ADV 150 ABS pula dijual pada harga 37.077 juta Rupiah (RM11,140) di negara tersebut. Semua harga ini diambil daripada laman web rasmi pengeluar masing-masing.

Semestinya, sebagai sebuah model baru, peningkatan harga sudah dijangka, tetapi perbezaan harga NMax Connected ABS 2020 sekitar RM500 dengan model sebelumnya, dan RM380 dengan pesaing terdekatnya boleh dianggap wajar kerana ia sekarang dilengkapi dengan Traction Control serta sistem sambungan Yamaha Motorcycle Connect dengan pelbagai fungsi.

Dua ini adalah antara peningkatan penting pada NMax Connected ABS 2020 manakala pembaharuan lain adalah seperti semua panel badan, lampu hadapan dengan DRL LED, penghadang angin depan yang sedikit melengkung, lampu penunjuk arah yang lebih kecil dan direndahkan, panel tepi yang lebih beralun, lampu belakang LED baru yang terpisah dua seperti XMax 250, sistem Start Stop, Smart Motor Generator, sistem tanpa kunci, pengecas USB dan panel meter digital baru berbentuk petak.

Pada bahagian enjin walaubagaimanapun ia masih lagi unit yang sama satu silinder SOHC VVA suntikan bahan api yang mampu menghasilkan kuasa 14.9 hp pada 8,000 rpm dan 14.4 Nm tork pada 6,000 rpm. Tangki bahan api juga masih lagi 6.6 liter.

Mengambil contoh perbandingan harga yang sama secara terus, Yamaha NMax 2020 mungkin akan dijual pada harga lebih RM11k jika tiba di Malaysia. Walaubagaimanapun, ini masih lagi tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada strategi pemasaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dan bagaimana mereka mahu meletakkan harga model tersebut. Aspek sama ada pemasangan tempatan, import dari Indonesia atau import dari Thailand juga boleh memberikan kesan yang berbeza kepada harga.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • IZHAR BIN MAHAT on May 27, 2020 at 9:06 am

    Bilakah NMAX 2020 akan dilancarkan di Malaysia

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • cherie kong on Jul 01, 2020 at 5:35 pm

    when come in malaysia??thanks

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Harap HLYM bawa masuk nmax dengan fitur safety yg lengkap..ABS n traction control. Penting utk keselamatan penunggang Malaysia. Kesian penunggang. Support brand yamaha HLYM sekian lama. Penunggang indon dpt safety features pd motorsikal utk jg keselamatan mereka. Penunggang Malaysia?..Harap HLYM tak delete fitur ABS and TCS atas alasan kos dan kompromi dgn keselamatan penunggang. Xmunasabah. Apakah nyawa penunggang Malaysia lebih murah?.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • jOE keris on Sep 17, 2020 at 10:08 pm

    bila nak masuk Nmax baru yg ada ABS mcm yg di indon..nie dah bulan September 2020 dah… kalo HLYM x nak bawa masuk.. bagus bagi lesen pengedar kepada Company lain la… susah kalo HLYM ikut kepala dia ajer

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • lama gile nak tunggu…baik amik sym jet 14 200…. dah ada sstok…HLYM nak main2 dgn customer je keje…bahabee

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required