Honda akan keluarkan Africa Twin kelas pertengahan?

Honda akan keluarkan Africa Twin kelas pertengahan?

Motosikal jenis adventure sekarang sedang mendapat minat ramai, dan pengeluar menghasilkannya dalam pelbagai kapasiti enjin. Dalam kelas pertengahan, antara yang popular sekarang adalah seperti KTM 790 Adventure, Yamaha Tenere 700, Triumph Tiger 900 dan BMW F850 GS.

Walaubagaimanapun, kalau anda perasan, Honda tiada model yang dapat bersaing dalam segmen ini sedangkan model Africa Twin cukup terkenal – ia cuma ditawarkan dalam versi berenjin 998 cc. Nampaknya seperti perkara ini akan berubah tidak lama lagi.

Melalui berita yang didapati daripada Motorcycle News, sumber mereka memberitahu Honda sedang membangunkan Africa Twin yang lebih kecil untuk pasaran, dan ia akan menjadi satu daripada tiga model yang akan menggunakan satu platform yang sama.

Kemudiannya, model baru ini juga dikata akan menjadi satu evolusi kepada model NC sebelum ini, yang termasuk NC750S dan NC750X. Memandangkan kotak gear DCT sudah memang ada ditawarkan pada model NC ini, kita boleh menjangka Africa Twin baru ini nanti juga akan ditawarkan dengan kotak gear tersebut.

Untuk enjin, Africa Twin baru ini dikata bakal menggunakan enjin sama pada model NC, tetapi dipertingkat kepada 790 cc, sekaligus memberikan kuasa yang lebih memuaskan kepada pengguna. Ia juga dijangka hadir dengan kelengkapan asas, tiada penghadang angin boleh laras dan panel meter yang ringkas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required