BMW 4 Series G22 – teaser disiar, pelancaran 2 Jun ini

BMW 4 Series G22 – teaser disiar, pelancaran 2 Jun ini

BMW telah memberitahu secara rasmi bahawa model 4 Series G22 akan membuat penampilan pertamanya 2 Jun ini. Turut disiar bersama berita ini adalah satu gambar teaser yang menampakkan bahagian depan kenderaan tersebut.

Ia seperti banyak mendapat inspirasi daripada model Concept 4 yang didedahkan beberapa bulan lalu dan paling menonjol adalah gril kidney yang besar dengan kemasan pin dalam menyamai model M Performance seperti M340i xDrive G20. Lampu adalah lebih nipis dan di penjuru bampar terdapat bukaan udara yang besar.

Bahagian lain masih tidak boleh dilihat jelas kerana gelap, tetapi melalui gambar spyshot, kita boleh ketahui model dua pintu ini akan mempunyai garis bumbung yang menjunam di belakang dan bersambung hingga ke spoiler, serta lampu belakang yang lebih kemas. Bahagian dalam pula akan menyamai model 3 Series, termasuk dengan sistem Live Cockpit Professional.

BMW 4 Series G22 – teaser disiar, pelancaran 2 Jun ini

Pada hujung bulan April lalu juga BMW telah mendedahkan sedikit perincian G22 ini, di mana varian paling tinggi adalah M440i xDrive yang mungkin menggunakan enjin enam silinder 3.0 liter turbo B58 sama seperti M340i xDrive. Enjin ini dikata mampu menghasilkan kuasa 369 hp, 500 Nm tork dan digabungkan bersama sistem hibrid ringkas 48 volt.

Kuasa daripada enjin dihantar kepada semua roda melalui kotak gear automatik lapan kelajuan Steptronic Sport dan sistem pacuan xDrive. Bahagian differential yang digunakan untuk mengagih kuasa kepada roda belakang pula adalah unit M Sport kawalan elektronik.

Varian lain yang akan ditawarkan adalah termasuk 430i yang mengguakan enjin empat silinder 2.0 B48 dengan kuasa 255 hp dan 40 Nm tork. Varian ini juga datang dengan transmisi automatik lapan kelajuan, tetapi cuma menggunakan pacuan dua roda belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required