Sebelum ini anda sudah melihat kit badan serta aksesori yang ditawarkan oleh GR untuk Yaris Cross, di mana ia menjadikan SUV segmen B tersebut seperti sebuah kereta rali. Tapi, bagaimana pula jika pemilik mahukan sesuatu yang lebih bergaya ala-ala VIP?
Ini dia pilihan daripada Modellista. Ada dua pakej yang disediakan iaitu Advance Robust Style dan Elegant Ice Style. Pakej Advance nampak lebih rumit dengan kemasan bawah bampar yang lebih berlekuk dan mempunyai lip berbentuk V siap dengan lampu LED, skirting belakang penuh sehingga ke tengah berserta diffuser, serta dua muncung ekzos palsu.
Rekaan pakej Advance nampak lebih kemas dengan splitter pada bampar hadapan yang tajam manakala untuk bampar belakang, kemasan yang diberi hanya pada bahagian bucu sementara bahagian atas bampar diletakkan jalur krom. Skirting serta kemasan keliling roda bagi kedua-dua pakej adalah sama.
Pemilik juga boleh menambah pelbagai lagi hiasan untuk bahagian luar kenderaan termasuk kemasan pada gril hadapan, cermin sisi, pemegang pintu, bampar belakang dan juga pilihan spoiler yang lebih besar.
Aksesori lain yang disediakan oleh Modellista adalah termasuk rim dua tona berukuran 16 inci dan 19 inci, kemasan hitam atau kayu palsu untuk bahagian dalam, kemasan keliling corong pendingin hawa berwarna merah atau krom, plet tepi pintu, lampu suasana berwarna biru dan juga kemasan kayu untuk lantai bahagian simpanan barang di belakang.
GALERI: Toyota Yaris Cross dengan kit Modellista Advance Robust Style
GALERI: Toyota Yaris Cross dengan kit Modellista Elegant Ice Style
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.