Toyota Yaris Cross ditawarkan dengan aksesori penuh GR di pasaran Jepun – nampak macam kereta rali!

Toyota Yaris Cross ditawarkan dengan aksesori penuh GR di pasaran Jepun – nampak macam kereta rali!

Serentak dengan pelancaran crossover kompak yang diasaskan dari Yaris JDM/Eropah (model berlainan dari Yaris pasaran ASEAN seperti yang kita terima) iaitu Toyota Yaris Cross pada pasaran Jepun minggu lalu, ia turut ditawarkan dengan set aksesori lengkap dari sayap perlumbaan rasmi jenama tersebut iaitu Gazoo Racing (GR).

Jika anda memilih untuk memadankan aksesori-aksesori utama yang ditawarkan, Yaris Cross anda akan kelihatan seperti sebuah kereta rali. Unit demo yang ditayangkan ini adalah dari varian tertinggi Yaris Cross Hybrid Z dengan sistem pacuan semua roda E-Four, dan ia dipadankan dengan rim 18-inci dengan lebar 7.5J berwarna hitam bersama tayar 215/50 dan juga mudflap bersaiz besar (pilihan warna merah atau hitam) pada semua ruang roda.

Selain itu, GR juga menawarkan peralatan lain untuk bahagian luaran Yaris Cross ini antaranya muffler ekzos dengan tip berkembar (tip ekzos disorokkan pada model standard), pelekat sisi badan (dengan jalur merah, diletakkan di atas kemasan pelindung hitam standard) dan juga sepasang kemasan hitam bersama sirip diletakkan pada bahagian sisi luar lampu nyalaan siang LED pada bampar hadapan.

Toyota Yaris Cross ditawarkan dengan aksesori penuh GR di pasaran Jepun – nampak macam kereta rali!

Selain komponen-komponen utama ini, GR juga menawarkan aksesori-aksesori sampingan lain untuk Yaris Cross ini seperti filem penapis haba untuk tingkap dan cermin belakang, kemasan corak karbon pada pembuka pintu, pemegang nombor pendaftaran dengan corak gentian karbon, pelindung matahari dan juga karpet but dengan jalur merah dan logo GR.

Toyota Yaris Cross ini ditawarkan dalam dua jenis penjana di pasaran Jepun. Model petrol sepenuhnya menerima enjin NA 1.5 liter tiga-silinder Dynamic Force berkuasa 120 PS dan tork maksima 145 Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear CVT automatik Direct Shift, dan pelanggan boleh memilihnya dalam versi pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda.

Manakala untuk versi Hybrid, ia diberikan enjin petrol 1.5 liter Kitaran Atkinson berkuasa 91 PS/120 Nm, dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 80 PS/141 Nm. Secara keseluruhan, model ini menjana 116 PS, manakala untuk model E-Four turut menerima motor elektrik berkuasa 5.3 PS/52 Nm pada gandar belakang bagi memberikan kebolehan pacuan semua roda.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required