Toyota telah mengumumkan bahawa mereka masih komited dengan kenderaan segmen A (kereta bandar kecil) yang dianggap penting di Eropah, dan akan memperkenalkan sebuah model baru tidak lama lagi. Setakat ini nama model tersebut masih belum diberitahu, tetapi banyak spekulasi mengatakan ia adalah penyambung generasi bagi model Aygo.
Perincian juga masih kabur, tetapi Toyota telah mengesahkan bahawa model baru ini akan menjadi model ketiga yang dibuat menggunakan platform TNGA-B (GA-B) di benua itu, selepas Yaris dan Yaris Cross. Tambah Toyota lagi, Yaris serta model baru ini dijangka menaikkan jumlah pengeluaran tahunan produk berasaskan GA-B kepada lebih 500,000 unit di Eropah.
Dalam usaha untuk memastikan model segmen A baru ini dapat ditawarkan pada harga mampu milik, ia akan menggunakan enjin pembakaran dalaman. Walaubagaimanapun, laporan sebelum ini ada menunjukkan kemungkinan kemasukan sistem elektrik, jadi versi hibrid mungkin juga ditawarkan. Varian elektrik penuh mungkin tidak ada kerana khuatir kepada faktor kos.
“Sekarang, kenderaan segmen A didominasi oleh produk yang menggunakan enjin pembakaran dalaman, memberikan gambaran bahawa bajet adalah pertimbangan utama – dan jangkaan pasaran menunjukkan ia berterusan, terutamanya bagi pelanggan yang menganggap kebolehcapaian kewangan sebagai faktor dominan,” kata Toyota dalam siaran akhbarnya.


Toyota Yaris Cross
dari RM 99,900
Toyota Hilux
dari RM 226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM 198,000
Toyota bZ4X
dari RM 220,000
Toyota GR Yaris
dari RM 315,600
Toyota GR Corolla
dari RM 368,950
Toyota Camry
dari RM 221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM 133,800
Toyota Hiace
dari RM 169,000