Toyota Harrier 2021 – risalah pasaran Malaysia tersebar, enjin 2.0L 173 PS, CVT, Toyota Safety Sense

Toyota Harrier 2021 – risalah pasaran Malaysia tersebar, enjin 2.0L 173 PS, CVT, Toyota Safety Sense

Melalui teaser yang dikeluarkan sebelum ini, UMW Toyota Motor telah mengesahkan bahawa Harrier 2021 akan dilancarkan dalam bulan ini. Walaubagaimanapun, kita masih tidak mengetahui spesifikasinya, sehinggalah satu petunjuk bocor atas talian. Ini adalah apa yang diberitahu sebagai risalah jualan Harrier baru tersebut dan diterima daripada pembaca kami, Azham S.

Melihat kepada risalah tersebut, Harrier generasi keempat ini akan dikuasakan oleh enjin empat silinder NA Dynamic Force 2.0 liter, yang menghasilkan 173 PS pada 6,600 rpm dan 203 Nm tork pada 4,400 hingga 4,900 rpm. Kuasa dihantar kepada roda hadapan melalui transmisi Direct Shift CVT, dan membolehkan ia memecut 0-100 km/j dalam masa 9.7 saat dan mencapai laju maksimum 190 km/j. Penggunaan bahan api purata adalah 15.3 km/l.

Nampaknya hanya satu enjin disediakan untuk pasaran Malaysia dan kita tidak mendapat versi hibrid yang menggunakan enjin Dynamic Force 2.5 liter 218 PS. Apa pun, kita boleh menjangka kualiti pemanduan serta kawalan yang baik daripada Harrier ini kerana ia menggunakan platform GA-K terbaru serta suspensi double wishbone di belakang.

Toyota Harrier 2021 – risalah pasaran Malaysia tersebar, enjin 2.0L 173 PS, CVT, Toyota Safety Sense

Kelengkapan yang bakal diberi secara standard adalah termasuk lampu utama bi-LED dengan lampu tinggi adaptif, pintu but bukaan kuasa dengan pengesan kaki, cermin sisi boleh lipat dengan lampu di bawah, serta bumbung panoramik tetap. Lima warna ditawarkan, iaitu White Pearl Crystal Shine, Steel Blonde Metallic, Dark Blue Metallic, Slate Grey Metallic, dan Precious Black.

Turut diberikan sekali adalah pakej Toyota Safety Sense, yang termasuk Pre-Crash System (PCS, dan juga dikenali sebagai Autonomous Emergency Braking), Lane Departure Alert dengan bantuan stereng, Lane Tracing Assist, Dynamic Radar Cruise Control, Blind Spot Monitoring dengan brek automatik bagi trafik dari belakang, serta pengesan jarak di hadapan dan belakang.

Perincian lain masih belum diperoleh, tapi kita boleh menjangka ia dilengkapi dengan barangan seperti sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, pengawal pendingin hawa dua zon dengan corong udara di belakang, tempat duduk larasan kuasa, balutan kulit, cermin pandang belakang malap sendiri dan kamera undur. SUV ini akan diimport dari Jepun dan kita boleh menjangka harganya sedikit tinggi. Model yang ada sekarang dijual bermula RM234,510.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required