Geely Emgrand S tiba di China – enjin 1.4L turbo 141 PS dengan pilihan transmisi CVT atau manual

Geely Emgrand S tiba di China – enjin 1.4L turbo 141 PS dengan pilihan transmisi CVT atau manual

Geely Emgrand GS sudah diperkenalkan sejak tahun 2015, dan kini ia diberikan facelift yang ketara. Model baru ini sekarang dipanggil sebagai Emgrand S, dan akan mula dijual di China bermula 26 April. Huruf S pada namanya dikatakan membawa maksud seksi, pintar dan kejutan (sexy, smart dan surprise dalam Bahasa Inggeris).

Bahagian pertama yang diubah adalah gril, di mana unit “expanding cosmos” diganti dengan jalur menegak seperti Xingyue L, Borui facelift dan Preface. Kemudiannya, lampu utama LED dijadikan lebih tajam, bampar direka semula dengan bukaan udara hiasan yang mempunyai jalur krom serta kemasan hitam pada bukaan udara bawah.

Pada bahagian tepi, Emgrand S menggunakan garis badan yang bersambung dari lampu hadapan hingga pembuka pintu belakang. Bahagian bawah pintu juga dijadikan lebih agresif. Pergi ke belakang, lampu LED padanya dijadikan lebih nipis dan disambung dengan kemasan yang mempunyai tulisan Geely. Sedikit perubahan dibuat pada bahagian bampar.

Geely Emgrand S tiba di China – enjin 1.4L turbo 141 PS dengan pilihan transmisi CVT atau manual

Rekaan badan baru ini turut memberi kesan kepada dimensi kenderaan, di mana Emgrand S sekarang mencatat panjang 4,430 mm (-10 mm) dan tinggi 1,573 mm (+13 mm), sementara lebar dan jarak roda masih tidak berubah iaitu masing-masing 1,833 mm dan 2,700 mm.

Sama seperti luar, bahagian dalam juga diberikan perubahan jelas, dengan rekaan papan pemuka baru yang menggunakan skrin sesentuh 10.25 inci di tengah. Di bawahnya terletak corong pendingin hawa, butang pemula enjin dan suis HVAC.

Konsol tengah yang sebelum ini menaik ke hadapan diganti dengan unit yang lebih rata, seterusnya memberikan ruang untuk tempat meletak barangan dan cawan, serta tombol gear baru. Di hadapan pemandu, terdapat panel instrumen digital 10.25 inci baru serta roda stereng yang mempunyai bentuk rata di bawah.

Beberapa bahagian seperti bawah stereng, tengah papan pemuka, tepi pintu serta tempat duduk dibalut dengan kmeasan kulit warna merah, sementara kemasan plastik berwarna kelabu serta lampu suasana 72 warna menjadikan keadaannya lebih premium.

Melengkapi ciri ini, terdapat 10 pembesar suara, sistem bunyi 9.1 channel yang boleh disambungkan kepada lampu suasana, sistem GKUI dengan kawalan melalui pergerakan, perakam pemanduan, penapis udara CN95, sistem pengurusan udara AQS, sistem pendingin hawa automatik dengan corong di belakang serta pembersih udara ion negatif.

Untuk sistem bantuan pemandu, crossover ini mendapat Lane Keeping Assist, Adaptive Cruise Control, pengesan tanda jalan, Autonomous Emergency Braking, sistem navigasi pintar dan bantuan lampu tinggi.

Geely Emgrand S tiba di China – enjin 1.4L turbo 141 PS dengan pilihan transmisi CVT atau manual

Di bawah bonetnya terdapat enjin petrol empat silinder 1.4 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa 141 PS (139 hp) dan 235 Nm tork. Ia dipadankan dengan sama ada transmisi manual enam kelajuan atau CVT, yang menurut Geely, boleh memberikan penggunaan bahan api serendah 5.9 l/100 km.

Emgrand S akan dijual di China dalam empat varian, bermula dengan “Comfort” berharga 86,700 yuan (RM54,760), yang menggunakan padanan enjin 1.4T dengan transmisi 6MT. Tiga varian lain datang dengan transmisi CVT dan mempunyai harga 110,700 yuan (RM69,919) untuk varian paling tinggi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Amin S on Apr 11, 2021 at 7:26 pm

    Cepat2 badge engineered jadi Proton X30 utk kacau market Ativa

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required