Triumph Scrambler 1200 Steve McQueen Edition diperkenal – hanya 1,000 unit, inspirasi daripada TR6

Triumph Scrambler 1200 Steve McQueen Edition diperkenal – hanya 1,000 unit, inspirasi daripada TR6

Triumph telah memperkenalkan satu model istimewa, Scrambler 1200 Steve McQueen Edition, yang hanya akan dikeluarkan sebanyak 1,000 unit untuk seluruh dunia. Model yang memberi penghormatan kepada pelakon, pengarah dan pelumba motosikal lagenda, Steve McQueen ini menggunakan warna eksklusif Competition Green.

Ia juga diterapkan dengan pelbagai lagi inspirasi daripada motosikal Triumph TR6 yang digunakan dalam filem The Great Escape dan membuat lompatan ikonik melepasi pagar sempadan. Warna hijau tadi kemudiannya diserikan lagi dengan pinstripe emas, logo Triumph lama emas, grafik McQueen di tangki dan brushed aluminium untuk penutup tangki minyak dan talinya.

Setiap motosikal keluaran khas ini akan mempunyai nombor siri, dan ia diukir pada pendakap hendal bersama tanda tangan McQueen. Melengkapkan penampilan keseluruhannya adalah tempat duduk yang dibalut kulit berwarna coklat, penghadang lumpur yang tinggi, serta pelindung untuk radiator, enjin dan pemegang.

Selain daripada pengenalan model keluaran khas ini, Triumph juga mengumumkan bahawa motosikal yang digunakan asas untuk model ini, iaitu Scrambler 1200 – XE dan XC – kini telah diperbaharui dengan enjin yang menepati tahap emisi Euro 5. Enjin dua silinder selari 1,200 cc ini mampu menghasilkan kuasa 90 PS pada 7,250 rpm dan 110 Nm tork pada 4,500 rpm.

Ada tiga warna yang ditawarkan untuk Scrambler 1200 XC dan XE, iaitu Cobalt Blue dengan jalur Jet Black, Matt Khaki Green dengan jalur Jet Black, dan Sapphire Black. Di Malaysia, Triumph Scrambler 1200 XC dijual pada harga RM80,900 manakala XE pula RM86,900.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required