Bulan lepas, Husqvarna Motorcycles telah mengumumkan mereka juga ingin menyertai dunia penggerak elektrik dengan pengenalan model yang pertama, E-Pilen Concept. Ini adalah sebuah model yang mempunyai bentuk seperti Svartpilen, tetapi digerakkan motor elektrik.
Sekarang, syarikat dari Sweden itu memperkenalkan pula Vektorr Concept, yang juga adalah motosikal elektrik, tetapi dengan bentuk yang lebih kepada sebuah skuter. Sasaran Husqvarna adalah mereka yang berada dalam kawasan urban, dan mencari penggerak individu yang bergaya dan cekap.
Memandangkan masih lagi dalam tahap konsep, perincian teknikal skuter elektrik ini masih belum didedah dan ia sekadar diberitahu boleh mencapai laju maksimum 45 km/j dan menyediakan jarak gerak sehingga 95 km dengan sekali cas penuh. Bila ia akan memasuki pasaran juga masih belum diberitahu.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.