SAIC Volkswagen, syarikat kerjasama antara Volkswagen Group dan SAIC Motor, telah mendapat kebenaran untuk memproduksikan kenderaan elektrik sepenuhnya hatchback ID.3 di China. Kementerian yang bertanggungjawab dalam industri automotif China telah memberikan lampu hijau secara rasminya untuk produksi berkenaan.
Volkswagen ID.3 merupakan kereta elektrik produksi semasa pertama dari syarikat berkenaan, berukuran 4,267 mm panjang, 1,168 mm lebar, 1,574 mm tinggi dan jarak roda 2,768 mm. Ia bakal dipasang di fasiliti pembuatan SAIC-VW di Anting, Shanghai.
Ia bakal menjadi model ID ketiga yang diproduksi di China, selepas crossover ID.4 dan SUV ID.6. ID.4 mula dijual di negara berkenaan sejak awal tahun ini, selepas ia diperkenalkan di sana pada November lalu. Manakala model ID.6 khas untuk China diproduksi di kilang Anting dan Foshan, dan dijangka bakal dijual pada tahun ini juga.
Apabila Volkswagen pertama kali mengumumkan pembinaan kilang di sana pada tahun 2018, ia berkata, fasiliti seluas 610,000 meter persegi itu bakal mempunyai lebih 1,400 robot Industry 4.0-standard, dan merancang mengeluarkan kapasiti sebanyak 300,000 kenderaan setahun. Kesemua model Volkswagen ID dibangunkan dengan platform Modular Electric Toolkit (MEB).
GALERI: Volkswagen ID.3 HatchGALLERY: Volkswagen ID.3 di Frankfurt Motor Show 2019


Volkswagen Tayron
dari RM190,660
Volkswagen Golf R
dari RM338,812
Volkswagen Golf
dari RM185,990
Volkswagen Golf GTI
dari RM244,012
Volkswagen Touareg
dari RM384,972
Volkswagen Arteon
dari RM291,012