BMW CE-04 digerakkan motor elektrik berkuasa 42 hp

BMW CE-04 digerakkan motor elektrik berkuasa 42 hp

Hujung tahun lepas BMW Motorrad ada menunjukkan sebuah motosikal elektrik konsep yang dinamakan sebagai Definition CE04. Kini ia nampaknya sudah semakin menghampiri produksi apabila pengeluar dari Jerman itu mendedahkan pula perincian teknikalnya.

Motosikal berbentuk futuristik ini digerakkan oleh motor elektrik 42 hp, yang menyampaikan kuasa kepada roda belakang melalui sistem tali sawat. Jika dibandingkan dengan motosikal enjin pembakaran dalaman biasa, BMW memberitahu ia hampir sama seperti sebuah motosikal 500 cc. Pecutan 0-50 km/j boleh dilakukan dalam masa 2.6 saat sementara laju maksimum pula cuma 120 km/j.

Motor elektrik ini mendapat tenaga daripada bateri lithium ion 8.9 kWh, yang mampu memberikan jarak gerak sehingga 130 km dan ia boleh dicas menggunakan sama ada soket rumah, wallbox ataupun stesen pengecas awam. Apabila menggunakan input pengecas 2.3 kW, baterinya mengambil masa empat jam 20 minit untuk penuh, tetapi apabila menggunakan pengecas 6.9 kW, kuasa baterinya boleh naik dari 20% ke 80% dalam masa cuma 45 minit sahaja.

BMW CE-04 digerakkan motor elektrik berkuasa 42 hp

Bergantung kepada pasaran, kabel pengecas standard yang akan diberi adalah unit berkapasiti 2.3 kW, sementara untuk menggunakan pengecas pantas, wallbox atau stesen pengecas awam pula, pemilik perlu mendapatkan kabel Mode 3.

Kelengkapan lain yang diberikan pada CE04 adalah brek cakera berkembar di hadapan serta cakera tunggal di belakang, lengkap dengan ABS. Pemilik juga boleh menaik taraf kepada sistem Cornering ABS yang dipanggil sebagai ABS Pro, sementara rim pula adalah unit 15 inci yang dibalut tayar 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang.

Ada tiga mod tunggangan yang disediakan pada skuter elektrik ini, iaitu Eco, Rain dan Road untuk memberikan penunggang pilihan menyesuaikan tunggangan dengan keadaan sekeliling. Mod yang lebih berkuasa juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan, dipanggil sebagai Dynamic dan memberikan maklum balas lebih pantas apabila memecut.

Maklumat penting dipaparkan kepada penunggang melalui skrin TFT-LD 10.25 inci, yang turut boleh disambungkan kepada peta navigasi serta telefon pintar. Semua lampu pada motosikal ini menggunakan LED, dengan unit Adaptive Headlight Pro disediakan sebagai pilihan tambahan.

Kemudahan lain yang disediakan oleh CE04 adalah seperti beberapa ruang simpanan termasuk yang boleh menempatkan helmet di bahagian tepi badan motosikal, serta pengecas telefon dengan liang udara serta soket USB-C.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required