Honda Amaze facelift 2021 dilancar di India – bermula RM36k, rupa disegarkan, pilihan petrol dan diesel

Honda Amaze <em>facelift</em> 2021 dilancar di India – bermula RM36k, rupa disegarkan, pilihan petrol dan diesel

Honda Amaze generasi kedua kini sudah pun diberikan versi facelift pertamanya di pasaran India, setelah berada tiga tahun dalam pasaran negara berkenaan. Sedan dengan saiz yang lebih kecil dari City berkenaan kini tampil dengan rupa yang disegarkan serta diberikan pelbagai perincian baharu.

Amaze facelift 2021 ini menerima gril yang direka semula yang menampilkan bar sebelah atas yang lebih nipis, manakala dua lagi jalur di bawahnya turut menerima kemasan krom. Rupa perumah lampu kabus disentuh semula serta turut diberi kemasan krom. Ia juga menerima lampu belakang LED baharu berbentuk-C, manakala bahagian bawah bampar diberikan reflektor baharu bersama sedikit serlahan krom.

Walau bagaimanapun, kabin Amaze 2021 ini masih kelihatan sama seperti versi sebelumnya, cuma diperkemas dengan beberapa perincian kecil seperti kemasan perak pada papan pemuka dan roda stereng, lampu peta hadapan baharu, kemasan krom pada tombol liang pendingin hawa, serta ia kini sudah pun diberikan penapis udara kabin.

Honda Amaze <em>facelift</em> 2021 dilancar di India – bermula RM36k, rupa disegarkan, pilihan petrol dan diesel

Amaze facelift pasaran India ini ditawarkan dalam tiga kemasan iaitu E, S dan VX. Model asas E didatangkan standard dengan lampu hadapan halogen, lampu belakang jenis mentol biasa, pendingin hawa manual, paparan pelbagai informasi (MID), rim besi 14-inci, tempat duduk fabrik, dua beg udara, penderia parkir belakang dan sistem brek ABS.

Amaze S pula menerima perincian tingkat taraf seperti lampu belakang LED, lampu posisi hadapan LED, cermin sisi kawalan kuasa bersama lampu isyarat bersepadu, penutup roda plastik untuk rim besi, pemain audio 2-DIN dengan hubungan Bluetooth dan empat pembesar suara, kawalan media pada roda stereng, sistem kemasukan tanpa kunci dan juga tempat duduk pemandu dengan larasan ketinggian.

Manakala model tertinggi Amaze VX pula menerima tambahan ciri dan fungsi seperti lampu hadapan automatik LED projektor (pertama kali dipadankan pada Amaze), lampu kabus hadapan LED, rim aloi 15-inci, paparan MID lebih besar menampilkan lebih informasi, sistem infotainmen Digipad 2.0 dengan skrin sesenth tujuh-inci bersama Android Auto dan Apple Carplay, pendingin hawa automatik, butang penghidup enjin tanpa kunci, Honda Smart Key, penghilang kabus cermin belakang dan juga kamera undur.

Honda Amaze <em>facelift</em> 2021 dilancar di India – bermula RM36k, rupa disegarkan, pilihan petrol dan diesel

Fungsi cruise control hanya diberikan pada varian VX dalam versi transmisi manual sahaja (ya, manual, kami tak salah tulis). Manakala model VX dalam versi transmisi automatik turut menerima pedal penukar gear pada roda stereng, namun ia hanya untuk model yang dijana enjin petrol.

Walaupun Amaze sebuah sedan yang sangat kecil, ia turut ditawarkan dengan enjin diesel. Kedua-dua pilihan enjin petrol dan diesel tersebut hadir dengan pilihan transmisi manual lima-kelajuan dan juga CVT automatik

Bagi model diesel, ia menampilkan unit 1.5 liter DOHC i-DTEC empat-silinder berkuasa 100 PS pada takat 3,600 rpm dan tork maksima 200 Nm pada takat 1,750 rpm – namun angka ini adalah untuk model diesel dengan transmisi manual. Untuk model diesel dengan kotak gear CVT pula kuasa yang dihasilkan hanyalah 80 PS dan 160 Nm.

Manakala untuk versi petrol, Amaze dijana oleh enjin 1.2 liter SOHC i-VTEC empat silinder berkuasa 90 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 110 Nm pada takat 4,800 rpm.

Honda Amaze <em>facelift</em> 2021 dilancar di India – bermula RM36k, rupa disegarkan, pilihan petrol dan diesel
Honda Amaze <em>facelift</em> 2021 dilancar di India – bermula RM36k, rupa disegarkan, pilihan petrol dan diesel

Lima warna badan ditawarkan untuk Amaze facelift pasaran India ini iaitu Meteoroid Grey Metallic, Radiant Red, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Golden Brown Metallic. Ia dijual pada harga bermula 632,000 INR (RM36,069) untuk model petrol dengan transmisi manual dalam varian asas E, manakala varian tertinggi VX CVT dijual pada harga 905,000 INR (RM51,646). Sebanyak lima varian ditawarkan bagi model dengan enjin petrol.

Manakala untuk model yang dijana enjin diesel, ia ditawarkan hanya dalam empat varian dijual pada harga bermula 866,500 INR (RM49,438) sehingga 1.115 juta INR (RM63,616). Amaze pasaran India ini juga ditawarkan dengan pelbagai aksesori asli, termasuk pakej-pakej terpilih dan juga upholsteri tempat duduk berbeza.

Jika Amaze ini dijual di Malaysia, ia sudah tentu menjadi lawan terus kepada Perodua Bezza dan Proton Saga. Di India, Amaze perlu bersaing dengan pelbagai sedan dalam segmen sub-empat meter mampu milik lain seperti Maruti Suzuki Dzire, Hyundai Aura, Ford Aspire dan Tata Tigor.


GALERI: Honda Amaze facelift 2021 pasaran India

GALERI: Aksesori asli untuk Honda Amaze facelift 2021 pasaran India

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required