Hongqi S9 2021 — Hypercar 1,400 PS versi produksi, bakal ditunjuk di Milan Design Week awal September

Hongqi S9 2021 — Hypercar 1,400 PS versi produksi, bakal ditunjuk di Milan Design Week awal September

Versi produksi bagi hypercar Hongqi S9 kini siap untuk ditunjuk, dan itu akan dilakukan di Milan Design Week yang akan bermula awal September nanti, lapor Automotive News.

Hongqi S9, yang direka oleh Walter De Silva, merupakan yang pertama daripada beberapa kereta siri S ultra-mewah yang akan diperkenalkan nanti. Produksinya dikhabarkan hanya akan dibuat 99 unit, dan hypercar berkenaan dilaporkan akan menggunakan enjin 4.0 liter turbo berkembar V8 plug-in hybrid yang menghasilkan 1,400 PS. Dengan bantuan tiga motor elektrik, Hongqi memaklumkan bahawa S9 mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 1.9 saat.

Silk EV dan FAW (dua firma yang bergabung untuk membangunkan S9) dengan jelas sedang berusaha keras untuk meletakkan S9 setara dengan model pengeluar lain seperti Ferrari dan Lamborghini. Syarikat itu juga sedang menyiapkan sebuah kedainya di daerah elit Emilia-Romagna, yang terkenal dengan jolokan “Lembah Permotoran” Itali.

Hongqi S9 2021 — Hypercar 1,400 PS versi produksi, bakal ditunjuk di Milan Design Week awal September

Syarikat itu juga telah menggajikan bekas CEO Ferrari, Amadeo Felisa sebagai ahli lembaga penasihat kanannya, dan juga sebagai penasihat khas kepada pengerusi eksekutif. Bekas eksekutif Ferrari, Alfa Romeo dan BMW, Roberto Fedeli juga telah dinamakan sebagai pegawai teknologi Hongqi.

Kumpulan pertama kereta itu dijangka akan diserahkan pada 2022, dengan harga dilaporkan bermula dari 10 juta yuan (RM6.5 juta). Pengeluaran akan dijalankan sama ada di Itali ataupun daerah Jilin, China.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required